Senin, 31 Juli 2017

Serina Redzuawan, Gavin Sah Bercerai Talak Satu

PELAKON Serina Redzuawan akhirnya sah bercerai dengan bekas suaminya, Gavin Edward O’luanaigh pada kira-kira jam 10:49 pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Gavin melafazkan cerai talak satu terhadap Serina di hadapan Haim Syarie, Nurul Hidayah Jani.

Dalam prosiding itu, Gavin turut menarik balik permohonan nusyyz terhadap Serina seperti yang difailkannya sebelum ini.

Menurut Gavin, keputusan untuk bercerai adalah jalan terbaik dan fokus mereka kini adalah untuk membesarkan dua cahaya mata mereka iaitu Tristan Tareef, 6, dan Isabella Safiyaa, 5.

Sementara itu, Serina mengakui lega walaupun berasa sedih dengan penceraian itu.

“Kami tidak bergaduh dan paling penting kes penceraian kami selesai dengan baik.

“Bagaimanapun paling penting kebajikan anak-anak dan walaupun bercerai kami sama-sama akan jaga mereka dengan baik,” katanya memetik mStar Online.

Mahkamah sebelum ini memerintahkan hak penjagaan kekal kedua-dua anak mereka diberikan kepada Gavin secara persetujuan bersama dengan Serina mengikut beberapa syarat dan terma lawatan yang dipersetujui bersama.

Serina sebelum ini telah memfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47, Enakmen Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 pada 6 Disember 2016.

Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2010. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Desak Guan Eng Dedah Surat PBAPP

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diminta mendedahkan surat bertarikh 23 Disember 2016, 21 Februari 2017, 25 April 2017 dan 22 Jun 2017 antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) berhubung tarif air di Pulau Pinang kepada rakyat.

Pengerusi SPAN, Datuk Liang Teck Meng berkata, Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP perlu berbuat demikian supaya rakyat dapat menilai siapa yang sebenarnya yang berhasrat untuk menaikkan tarif air di Pulau Pinang, kerajaan DAP Pulau Pinang atau SPAN.

Beliau malah yakin tiada pihak akan percaya dakwaan Guan Eng kononnya SPAN yang memaksa Pulau Pinang menaikkan kadar air memandangkan pihak yang mendapat keuntungan adalah kerajaan DAP Pulau Pinang.

“Ketua Menteri Pulau Pinang merupakan pihak yang pertama membangkit dan antara yang paling lantang bersuara mempertahankan kenaikan kadar air yang kononnya dipaksa oleh SPAN.

“Berbanding dengan bercakap banyak, Ketua Menteri Pulau Pinang harus berani mendedahkan semua surat antara SPAN dan PBAPP yang dirujuk oleh beliau dan membiar orang ramai mengadilinya. Jangan buat saya bertanya beliau untuk kali kelima,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Teck Meng berkata, aurat-surat itu akan membolehkan orang ramai membuat penilaian sendiri pihak mana yang sebenarnya meminta kenaikan itu termasuk kenaikan besar dan meluas yang diminta pada Disember 2016.

Jelasnya, permintaan kepada SPAN itu bagaimanapun tiba-tiba ditarik balik pada akhir Februari 2017 yang besar kemungkinan akan muncul semula selepas Pilihan Raya Umum Ke-14.

Teck Meng yang juga Setiausaha Agung Gerakan menyifatkan perangai Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng memang unik.

Kata beliau, jika Gerakan tidak menyaman Guan Eng memfitnah, beliau akan menghebahkan di media sosial mendakwa Gerakan adalah pengecut.

Bagaimanapun, apabila Gerakan menyaman beliau memfitnah seperti Selasa lalu, Guan Eng menghebahkan bahawa ia bermotif politik. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Fakta masih relevan, Tun Mahathir kekal 'Bapa Pemodenan' - Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen.

"Fakta tersebut masih relevan dan akan dikekalkan dalam buku teks Kementerian Pendidikan," kata Mahdzir dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau memberi reaksi kepada pertanyaan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanyakan sama ada Tun  Mahathir akan terus diberi pengiktirafan kerana memodenkan Malaysia dalam buku teks di sekolah.

sumber:siakapke.li

Bekas Pensyarah UM Kini Jadi Bendahari Daesh

LONDON – Seorang militan warga Malaysia, Dr. Mahmud Ahmad disebut-sebut sebagai pakar senjata dan amat dipercayai dalam hierarki terbaharu kumpulan pengganas Daesh.

Malah, dia turut dianggap sebagai ‘bendahari’ kerana peranannya sebagai orang tengah untuk mendapatkan wang dana bagi membiayai aktiviti kumpulan militan itu, menurut laporan pelbagai media antarabangsa.

Difahamkan sejak 2014, bekas pensyarah Universiti Malaya itu berjaya menerima sumbangan lebih RM500,000 daripada anggota Daesh dan individu yang bersimpati dengan kumpulan tersebut dari seluruh dunia.

Sumber risikan berkata, kutipan dana itu kemudian disalurkan kepada Dr. Mahmud melalui khidmat kiriman kurier dan kaedah ‘dead drops‘ sejak dia melarikan diri ke wilayah selatan Filipina, lebih tiga tahun lalu.

“Perkhidmatan kiriman pantas, kebanyakan dari Malaysia dan Indonesia lazimnya akan diterbangkan terus ke Tawau, Sabah sebelum menggunakan pula laluan pelayaran haram untuk ke Mindanao.

“Di sana, mereka akan meninggalkan beg berisi wang tunai di kawasan ditetapkan untuk diambil oleh militan lain yang akan menyerahkannya kepada Dr. Mahmud,” kata sumber itu kepada akhbar The Star.

Arahan pemindahan wang akan dihantar melalui aplikasi Telegram yang penggunaannya diharamkan di Indonesia. Modus operandi itu juga digunakan untuk halang penahanan Dr. Mahmud oleh pihak berkuasa.

Baca: Dr. Mahmud Ahmad – Militan Daesh Paling Dikehendaki

Ketika dihubungi, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti-Pengganas Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan Dr. Mahmud menggunakan khidmat pengiriman tersebut.

“Suspek menerima dana dan wang tunai yang disalurkan ke Mindanao sejak 2010. Kami turut mendapati dia menggunakan perkhidmatan pemindahan kawat antarabangsa untuk mendapatkan dana,” katanya.

Ayob Khan berkata, pasukannya mengambil langkah proaktif dengan menahan mereka yang bertanggungjawab dalam penyaluran dana kepada rangkaian Daesh sama ada di Syria dan Filipina.

“Kami telah menahan 19 suspek atas kesalahan membiayai kumpulan pengganas. Kira-kira 16 individu didakwa di mahkamah dan tiga lagi ditahan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA).

“Tiga daripada mereka menyalurkan lebih RM200,000 kepada Dr. Mahmud,” kata Ayob Khas yang ditukil mStar Online. Risikan terbaharu menunjukkan suspek juga berhubungan dengan militan Indonesia di Syria.

“Ia mengenai pemindahan dana ke selatan Filipina. Kami mendapati kenalan warga Indonesia yang dihubungi Dr. Mahmud memberitahu militan lain di Indonesia untuk membuka akaun bank baharu di sana.

“Dana seterusnya akan dimasukkan ke dalam akaun ini yang akan disalurkan kepada militan lain apabila menyertai kumpulan itu di selatan Filipina,” katanya lagi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

sumber:siakapke.li

Jika Anda Banyak Tinggal Solat, Sila Lakukan Perkara Ini Sebelum Terlambat…

Soalan : Bagaimana dengan orang yang telah dengan sengaja meninggalkan solat wajib, apakah ia harus mengqhada solat yang telah ditinggalkannya itu?

Allah menegaskan dalam al-Quran, bahawa solat merupakan ibadah yang dibatasi waktunya. Ada batas awal dan ada batas akhir. Sebagaimana tidak sah melakukan shalat sebelum waktu, juga tidak sah melakukan shalat, setelah keluar waktu.
Allah berfirman,
إِنَّ الصَّلَاةَ كَانَتْ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ كِتَابًا مَوْقُوتًا
“Sesungguhnya shalat merupakan kewajiban bagi orang beriman yang telah ditetapkan waktunya.” (QS. An-Nisa: 103).
Hanya saja, bagi mereka yang tidak sengaja meninggalkan shalat, misalnya karena ketiduran atau lupa, diberi toleransi untuk mengqadha’nya, dengan mengerjakannya ketika bangun atau ketika ingat.

Dari Anas bin Malik, bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ نَسِيَ صَلَاةً، أَوْ نَامَ عَنْهَا، فَكَفَّارَتُهَا أَنْ يُصَلِّيَهَا إِذَا ذَكَرَهَا
“Barang siapa yang kelupaan shalat atau tertidur sehingga terlewat waktu shalat maka penebusnya adalah dia segera shalat ketika ia ingat.” (HR. Ahmad 11972 dan Muslim 1600).
Dalam riwayat lain, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,
مَنْ نَسِىَ صَلاَةً فَلْيُصَلِّ إِذَا ذَكَرَهَا ، لاَ كَفَّارَةَ لَهَا إِلاَّ ذَلِكَ
“Siapa yang lupa shalat, maka dia harus shalat ketika ingat. Tidak ada kaffarah untuk menebusnya selain itu.” (HR. Bukhari 597 & Muslim 1598)
Hadis ini menunjukkan, tidak ada kesempatan untuk menebus kesalahan meninggalkan shalat, selain bagi orang yang kelupaan dan ketiduran, dan itupun harus dilakukan ketika bangun atau ketika
Ketika orang meninggalkan shalat dengan sengaja, kemudian dia mengerjakan shalat ketika taubat, hakekat yang terjadi:
Dia mengerjakan shalat di luar waktu. Dan mengerjakan shalat setelah waktunya habis, statusnya tidak sah.
Dia melakukan kaffarah (penebus dosa) yang tidak ada panduannya dari dalil. Sementara penebusan kesalahan meninggalkan shalat yang disebutkan dalam dalil, hanya berlaku untuk mereka yang
ketiduran atau kelupaan.

Lalu Bagaimana Cara Taubat Mereka yang Meninggalkan Shalat?
Pada prinsipnya, inti dari taubat ada 5 :
Ikhlas dengan memohon ampun kepada Allah [الاستغفار]
Meninggalkan dosa yang dilakukan [الاقلاع]
Menyesali perbuatannya [الندم], sehingga dia mengakui apa yang dia lakukan adalah kesalahan
Bertekad untuk tidak mengulangi [العزم]. Tekad ini yang akan menghalangi dia jangan sampai melanjutkan dosanya.
Melakukan perbaikan [الاصلاح]. Melakukan upaya yang bisa memperbaiki dirinya. Allah berfirman,
إِلَّا الَّذِينَ تَابُوا وَأَصْلَحُوا وَاعْتَصَمُوا بِاللَّهِ وَأَخْلَصُوا دِينَهُمْ لِلَّهِ فَأُولَئِكَ مَعَ الْمُؤْمِنِينَ وَسَوْفَ يُؤْتِ اللَّهُ الْمُؤْمِنِينَ أَجْرًا عَظِيمًا
Kecuali orang-orang yang taubat dan mengadakan perbaikan dan berpegang teguh pada (agama) Allah dan tulus ikhlas (mengerjakan) agama mereka karena Allah. Maka mereka itu adalah bersama-sama orang yang beriman dan kelak Allah akan memberikan kepada orang-orang yang beriman pahala yang besar. (QS. an-Nisa: 146).
Bagian yang menjadi fokus perhatian kita adalah apa yang harus dilakukan dalam rangka upaya perbaikan yang harus dilakukan oleh orang yang meninggalkan shalat?
Ada satu hadis yang bisa kita jadikan titik terang. Hadis Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam yang
menjelaskan proses hisab amal hamba,
إِنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ النَّاسُ بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ أَعْمَالِهِمُ الصَّلاَةُ قَالَ يَقُولُ رَبُّنَا جَلَّ وَعَزَّ لِمَلاَئِكَتِهِ وَهُوَ أَعْلَمُ انْظُرُوا فِى صَلاَةِ عَبْدِى أَتَمَّهَا أَمْ نَقَصَهَا فَإِنْ كَانَتْ تَامَّةً كُتِبَتْ لَهُ تَامَّةً وَإِنْ كَانَ انْتَقَصَ مِنْهَا شَيْئًا قَالَ انْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِى مِنْ تَطَوُّعٍ فَإِنْ كَانَ لَهُ تَطَوُّعٌ قَالَ أَتِمُّوا لِعَبْدِى فَرِيضَتَهُ مِنْ تَطَوُّعِهِ
“Amal manusia pertama yang akan dihisab kelak di hari kiamat adalah shalat. Allah bertanya kepada para Malaikatnya – meskipun Dia paling tahu – “Perhatikan shalat hamba-Ku, apakah dia mengerjakannya dengan sempurna ataukah dia menguranginya?” Jika shalatnya sempurna, dicatat sempurna, dan jika ada yang kurang.
sumber:siakapke.li

Bakal Haji Terkandas Akibat Kelewatan Dapat Visa

Bakal Haji Terkandas Akibat Kelewatan Dapat Visa

Tabung Haji menjelaskan kelewatan pengeluaran visa disebabkan jumlah permohonan yang terlalu tinggi. (Gambar: Official : Lembaga Tabung Haji - Facebook)

Pada 24 Julai lalu seramai 483 bakal haji berlepas ke Tanah Suci dalam penerbangan pertama (KT01) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 5.50 pagi. 

Penerbangan menaiki penerbangan Malaysia Airlines dengan pesawat MH8000 itu menandakan bermulanya rombongan jemaah haji dari Malaysia ke Tanah Suci bagi menunaikan Rukun Islam kelima. Secara keseluruhannya, jemaah haji Malaysia pada tahun ini berjumlah 30,200 orang dan mereka akan bertolak secara berperingkat menaiki 112 penerbangan ke Tanah Suci. 

Penerbangan terakhir pada 26 Ogos 2017. Kesemua jemaah haji terbabit dijadualkan pulang ke tanah air pada 7 September manakala penerbangan terakhir dari Arab Saudi ialah 4 Oktober depan.

Dalam pada itu, Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) terlebih dahulu sudah menghantar 209 petugas bagi menguruskan persiapan untuk jemaah haji termasuk penginapan serta membuka pejabat operasi di Madinah. 

JEMAAH HAJI LEWAT DAPAT VISA 

Bagaimanapun, dalam keterujaan bakal haji Malaysia untuk menyahut panggilan ke Makkah, timbul isu sebilangan mereka mengalami kelewatan penerbangan ke sana disebabkan urusan visa haji.

Menurut Tabung Haji, jemaah haji yang terlibat dalam isu itu bagaimanapun tidak ramai iaitu kurang daripada satu peratus. Kesulitan itu berlaku kerana kelulusan untuk mendapatkan visa perlu melalui proses yang terperinci untuk setiap jemaah haji termasuk data peribadi, perjanjian tempat penginapan di Makkah dan Madinah, penerbangan, pengangkutan dan sajian serta butiran bayaran kepada pihak berkuasa Arab Saudi.

Justeru, kelewatan pengeluaran visa juga disebabkan oleh permohonan yang terlalu tinggi dalam sistem tersebut yang mengendalikan berjuta permohonan jemaah haji dari seluruh dunia.

TABUNG HAJI MOHON MAAF

Tabung Haji bagaimanapun optimis bahawa isu itu boleh diselesaikan dengan segera. Jelas mereka, pihak kedutaan sentiasa bekerjasama dan memantau bagi mendapatkan dan mencetak visa jemaah haji yang terlibat termasuk pada hari cuti hujung minggu. 

Masalah itu djangka dapat diselesaikan dalam masa terdekat dan kesemua jemaah terpilih akan meneruskan perjalanan selepas urusan mereka dipermudahkan. 

Sehubungan itu, Tabung Haji memohon maaf atas kesulitan yang dihadapi oleh jemaah haji terbabit dan menasihati mereka yang menghadapi masalah kelewatan visa supaya bersabar kerana proses mendapatkan visa haji sedang giat dijalankan.

"Para jemaah akan diterbangkan ke Tanah Suci sebaik sahaja visa diperolehi. Tabung Haji turut menyediakan tempat penginapan dan makanan di Kompleks Haji Kelana Jaya kepada jemaah haji yang terlibat di mana kos berkenaan akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak TH," katanya.
 

sumber:siakapke.li

Klang Residents To Face Water Disruption This August

Klang Residents To Face Water Disruption This August

Image: Astro Awani

Klangites, looks like SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) has some pretty dry news for you.

Those residing in several areas in Klang will face water disruption from 10 August until 11 August.

The areas that will be affected are Seksyen 25; Jalan 25/126 and Jalan 25/127, Sri Muda; Flat PPRT Seksyen 26; Batu 2½ up to Batu 8 Bukit Kemuning; Kampung Teluk Menegun; Kampung Jawa; Kampung Sungai Kandis; Taman Maznah; Taman Alam Nyata; and Taman Samarinda.

Not only that, residents in Taman Nagasari; Harus Estate/Selatevan; Batu 4 Kampung Jawa; Kampung Bukit Naga; Taman Desa Latania; Jalan Hulubalang Taman Sentosa; Berjaya Park; Johan Setia; Jalan SU5 till SU8 (Lion Industrial Park) and Jalan 33/1 till 33/4 Seksyen 33, and Jalan 33/19 till 33/32 Seksyen 33 will also face water disruption.

According to a statement from SYABAS, the water disruption is to “facilitate equipment replacement works in its water distribution system.”

The repair works will be carried out in front of Kilang Mapletree next to Sungai Damansara and junction Seksyen 25.

So, make sure you remember to store some water before the water disruption comes into place.

For more info, you can head down to their website, www.syabas.com.my or download their smartphone app, ‘mySyabas’.

sumber:siakapke.li