Dalam kenyataan hari ini, RAM berkata kadar sederhana itu berikutan permintaan bagi eksport yang perlahan dari China dan Singapura, selepas pertumbuhan pesat dalam kapasiti dan penambahan semula stok untuk beberapa bulan berturut-turut.
Selain itu, kesan asas yang tinggi daripada pemulihan pertumbuhan pada Jun 2016 turut menyumbang kepada kadar sederhana tersebut, katanya.
Agensi penarafan itu berkata pertumbuhan import turut dijangka kekal baik pada 12.6 peratus berbanding bulan sebelumnya 30.4 peratus, dengan import diunjur menurun selaras dengan kadar sederhana dalam eksport.
Peningkatan sokongan daripada eksport semula berbanding keseluruhan pertumbuhan import pada Mei yang dijangka tidak diteruskan hingga Jun, mengurangkan lagi momentumnya, katanya.
“Oleh itu, imbangan perdagangan diunjurkan meningkat kepada RM9.4 bilion pada Jun,” katanya.
RAM berkata permintaan bagi peralatan pengangkutan dan jentera memacu eksport yang meningkat dengan kukuh kepada pasaran utama Malaysia.
“Pertumbuhan eksport kepada beberapa rakan kongsi utama turut mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh beberapa tahun pada Mei,” katanya.
Bagaimanapun, katanya paras yang tinggi itu dijangka tidak kekal susulan permintaan bagi komponen input oleh pengeluar asing akan berkurangan apabila keperluan inventori dipenuhi dan kitaran pertumbuhan elektronik semasa berakhir selepas berlaku gelombang telefon pintar yang seterusnya. – BERNAMA
Tidak ada komentar:
Posting Komentar