Rabu, 02 Agustus 2017

Serangan Masjid Afghanistan, Angka Kematian Meningkat 29 Orang

KABUL – Angka korban akibat serangan di sebuah masjid di wilayah Herat barat Afghanistan semalam, meningkat kepada 29 orang manakala 64 lagi cedera.

Serangan dilakukan dua penyerang yang melepaskan tembakan di hadapan Masjid Jawadia bagi membolehkan penyerang lain memasuki masjid dan mencampak jaket mengandungi bahan letupan, kata jurucakap Ketua Polis wilayah Herat Jailani Farhad kepada agensi berita China Xinhua.

Beliau berkata, antara yang terbunuh ialah kanak-kanak dan ketika kejadian jemaah masjid sedang menyertai program agama.

Istana Presiden dalam satu kenyataan mengecam serangan itu yang dilihat bertentangan dengan ajaran Islam.  – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar