KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menjejaki 12 individu bagi membantu siasatan satu kes rasuah yang turut melibatkan pegawai dan anggota polis di Melaka.
Dalam satu kenyataan hari ini, suruhanjaya itu berkata mereka yang sedang dikesan ialah Tee Kian Yee, 29; Ng Kok Yuan, 28; Lim Chin Wah, 33; Ng Kim Boon, 51; Goh Tse Yuan, 30; Tan Kai Boon, 26; dan Chua Kiew Chai, 50.
Turut dikehendaki bagi membantu siasatan ialah Khor Chee How, 38; Tan Seng Hwee, 31; Sah Kok Onn, 32 ; Teoh Song Peng, 48 dan Tan Wee Kok, 25 tahun.
Kesemua mereka dikehendaki bagi membantu siasatan SPRM susulan penahanan 13 individu termasuk sembilan pegawai dan anggota polis Melaka, Mei lalu, katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai kesemua lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat SPRM Saiful Amir Hamzah di talian 03-88867592 atau 014-224 4003.
Mei lepas, Ketua Polis Melaka Tengah dan Jasin ditahan bersama 12 yang lain dalam operasi SPRM selepas disyaki melindungi operasi pusat urut dan judi haram di Melaka. – BERNAMA
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar