Rabu, 02 Agustus 2017

Apabila Media Sosial Jadikan Artis Nampak Bodoh

FACEBOOK bulan lalu mengumumkan capaian 2 bilion pengguna. Satu angka gempar kerana ia mewakili sekitar 25 peratus populasi dunia. Di Malaysia terdapat 18 juta akaun FB dengan 12 juta pengguna aktif.

Selain FB, Instagram (IG) dan Tweeters mengekori perangkaan tinggi pengguna media sosial. Cuma di kalangan yang glamor, IG lebih signifikan. IG mencipta fenomena dan aura sendiri.

Rekod IG di negara ini – seorang artis popular mampu mencapai 3 juta pengikut. Manakala angka 500 ribu adalah jumlah biasa bagi akaun instafamous.

Artis IG dan instafamous sudah mencipta fenomena dan punya aura. Artis tidak lagi memerlukan media masa untuk popular. Apa lagi ketika akhbar sudah menjunam angka edarannya. Manakala TV dianggap hanya tontonan warga tua.

Media sosial mencipta banyak bonus kepada artis dan instafamous. Media sosial mencipta ruang kedirian yang bebas. Pemilik akaun boleh sesuka hati memuat naik kenyataan dan foto yang dipilih sendiri. Ia memberi artis dan instafamous banyak ruang untuk mencipta realiti mahu pun delusi diri.

Yang waras akan memaparkan realiti. Yang psiko akan mencipta realiti palsu dalam memaparkan identiti diri melalui FB, IG dan Tweeter. Pengikut pula akan mengharung semua posting maya sebagai realiti alternatif.

Ringkasnya – orang gila boleh nampak waras di media sosial. Manakala yang waras boleh dinilai gila kalau salah menjajakan glamor diri.

IG yang dilihat prominan bagi artis untuk mencari publisiti. Perkembangannya jauh mengatasi realiti media cetak yang bersifat harian atau mingguan. Atau TV yang turut dikekang soal jadual. Dalam IG, semuanya minit ke minit. Artis dan instafamous bebas berkomunikasi dan tiada tapisan mana-mana pihak kerana pemilik IG adalah editor.

Banyak perkara bodoh dipaparkan pemilik IG yang sengal atau rendah IQ. Kerana kebodohan juga diterima sebagai sebahagian cara menjadi popular. Attention Seeker atau Pemburu Perhatian akan sanggup berbuat apa sahaja. Kebodohan kerap kali mencipta viral. Malah, boleh mencapai 100 ribu likes dengan mudah.

Artis kerap nampak kurang cerdik dalam IG. Sangat kerap hingga ada masanya tahap kurang cerdik boleh menjadi bodoh. Seorang boleh memaparkan kes berkelahi anak beranak di IG.

Apabila ada komen mengkritik posting itu, segera dibalas: “Ini soal keluarga akulah… dah korang sibuk kenapa?”

Mustahil kenyataan atau video perang keluarga dimuat ke IG dan kemudian komen pengikut dianggap menyibuk. Ada artis memaparkan pose separuh lucah. Kemudian melenting apabila dikritik netizen.

“Sapa kau nak hukum aku berdosa?” Begitulah selalunya cara artis melenting.

Walhal, bukankah semua hukum aurat telah digariskan. Justeru, komen peminat bukan mengambil alih kerja Allah, tetapi menyampaikan apa yang telah diperintahkan Allah.

Artis terdesak kelihatan lebih daring. Manakala artis popular kerapnya terlebih konfiden. Perang antara artis juga selalu mencipta riuh di dunia IG. Perkataan kau meroyan, keluarga kau pelacur atau dot dot dot dot you sudah lumrah.

Ini fenomena IG. Orang biasa pun sama. Tapi sikap artis akan jadi perhatian. Kerana artis dianggap seniman atau karyawan. Tentulah mereka tidak wajar bersikap seperti orang sengal yang bodoh!

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar