Ramai tidak mengetahui pemeriksaan mata yang betul dan berkala perlu dilakukan untuk memastikan preskripsi sentiasa tepat. (Gambar: ryczekeye.net)
Hal tersebut sekali gus meramalkan menjelang tahun 2050, separuh daripada populasi dunia atau 4.95 bilion akan mengalami masalah myopia. Ini bermakna satu daripada dua manusia terutama di Asia bakal mengalami rabun jauh disebabkan oleh beberapa faktor termasuk genetik, teknologi moden, persekitaran dan gaya hidup.
Apa yang lebih membimbangkan myopia dikaitkan dengan risiko mengalami glaucoma dan katarak yang boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang manusia.
SITUASI RABUN JAUH DI MALAYSIA
Presiden Persatuan Optometris Malaysia (AMO), Murphy Chan dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan kajian terkini menunjukkan satu daripada setiap 10 kanak-kanak di negara ini mempunyai masalah penglihatan tidak dikesan.
Menurutnya, situasi itu menyebabkan permintaan tinggi dalam kalangan orang ramai untuk mendapatkan preskripsi cermin mata dan kanta lekap di negara ini.
Bagaimanapun, ramai juga tidak mengetahui bahawa pemeriksaan mata yang betul dan berkala perlu dilakukan untuk memastikan preskripsi tersebut sentiasa tepat.
KEMPEN KESEDARAN KESIHATAN MATA KEBANGSAAN (NEHA)
Sehubungan itu, AMO bersama Majlis Optik Malaysia (MOC) pada 25 Julai lalu melancarkan Kempen Kesedaran Kesihatan Mata Kebangsaan (NEHA) bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kesihatan mata.
Kempen itu menekankan keperluan untuk rakyat Malaysia menjalani pemeriksaan dan mendapatkan nasihat yang betul mengenai mata.
Pelancaran NEHA sejajar dengan kajian terkini yang mendapati 79 peratus pengguna kanta lekap menyatakan mereka sering bimbang dengan tahap kesihatan mata mereka manakala seramai 42 peratus pengguna kanta lekap tidak tahu bahawa kanta lekap adalah alat yang memerlukan preskripsi.
Antara penemuan lain daripada kaji selidik tersebut adalah seperti berikut:
- Seramai 65 peratus pengguna kanta lekap mencari maklumat hanya secara atas talian mengenai kesihatan mata.
- Hanya 55 peratus pengguna kanta lekap berjumpa pengamal Penjagaan Mata (ECP) sekurang-kurangnya sekali setahun untuk pemeriksaan mata berkala.
- Seramai 30 peratus pengguna kanta lekap tidak mendapatkan rawatan susulan.
PUNCA RABUN JAUH
Ophthalmologist dan pensyarah Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Malaysia (UITM), Dr Azlindarita @ Aisyah Mohd Abdullah pada tahun lalu pernah menerangkan genetik atau faktor keturunan antara punca utama rabun jauh.
Faktor-faktor persekitaran juga didapati boleh mempengaruhi pembentukan rabun jauh dalam kalangan manusia. Selain itu, tempoh seseorang menghabiskan masa di dalam rumah atau bangunan dan jumlah waktu yang dihabiskan untuk melakukan kerja pada jarak dekat turut menjadi faktor.
Tambahnya, satu kajian yang dijalankan di Sydney, Australia mendapati kanak-kanak yang lebih banyak menghabiskan masa di luar rumah mengalami kurang risiko mendapat rabun jauh. Ada sesetengah penyelidik berpendapat perkara itu disebabkan oleh kanak-kanak terbabit banyak melakukan aktiviti fizikal semasa di luar rumah.
Kajian di Beijing, China pula mendapati penggunaan alat permainan video dan alat peranti yang tidak dikawal meningkatkan risiko rabun jauh kerana jarak fokus antara mata kanak-kanak dan alat-alat tersebut terlalu dekat.
sumber:siakapke.li
Tidak ada komentar:
Posting Komentar