Rabu, 02 Agustus 2017

Dong Zong Mahu Bahasa Mandarin Jadi Bahasa Kebangsaan?

KUALA LUMPUR – “Kita tidak faham bagaimana Dong Zong mengatakan Sijil Peperiksaan Bersekutu (UEC) tidak menjejaskan Perlembagaan Negara, Bahasa Melayu dan perpaduan nasional,” kata Timbalan Presiden Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Sirajuddin Salleh.

Kata beliau, pendidikan UEC jelas bercanggah dengan Perlembagaan Negara, akta pendidikan dan dasar Bahasa Melayu dan gerak-geri Dong Zong seolah-olah mahu menjadikan Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Kebangsaan.

Justeru, beliau bertanya kepada Dong Zong apakah terdapat negara lain mengamalkan dua sistem pendidikan seperti yang dibayangkan oleh Persatuan Lembaga Pengelola Sekolah Cina Malaysia tersebut

“Tidakkah mereka sedar tentang saranan supaya Bahasa Melayu dijadikan “lingua franca” untuk rantau ini? Kerajaan juga baru-baru ini untuk ke sekian kalinya, menganjurkan debat Bahasa Melayu Antarabangsa bagi memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu di dunia.

“Selagi majoriti anak-anak kaum Cina tidak mengikuti sekolah kebangsaan bersama kaum lain, selagi itulah perpaduan nasional tidak akan tercapai. Malah dari gerak-geri Dong Zong selama ini nampak seolah-olah mereka hendak jadikan Bahasa Mandarin sebagai Bahasa Kebangsaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sirajuddin menegaskan, pendidikan satu aliran yang benar-benar dapat memupuk perpaduan nasional dalam kalangan generasi muda, tetapi Dong Zong bermati-matian hendak memperkembangkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Pendidikan Vernacular.

Beliau mendakwa, Dong Zong kelihata sengaja menentang dan menyanggah usaha dan aspirasi kerajaan ke arah perpaduan nasional dan pendaulatan Bahasa Melayu di negara ini.

Sehubungan itu, katanya, mungkin sudah tiba masa untuk kerajaan bersikap tegas menolak UEC dan mengkaji semula peruntukan yang diberi kepada sekolah-sekolah terlibat.

Kata beliau, peruntukan berkenaan seterusnya digunakan untuk menaik taraf sekolah-sekolah kebangsaan yang masih daif.

“Ikutilah pendidikan kebangsaan. Belajarlah berfikiran rasional. Utamakan perpaduan dan masa depan negara. Fahamilah sejarah negara dan dasar Bahasa Melayu,” katanya.

Pakatan Harapan pada Januari lalu memberi jaminan akan mengiktiraf UEC jika menang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 dipercayai bagi mendapatkan sokongan pengundi Cina.

Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah dipetik berkata. perkara itu selaras dengan pendirian gabungan pembangkang sebelum ini.

“Sebagai Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Hrapan saya ingin menjelaskan bahawa jika Pakatan membentuk kerajaan persekutuan, kita akan mengiktiraf UEC.

“Di Selangor, UNISEL yang dimiliki oleh kerajaan negeri (diketuai oleh Menteri Besar PKR) telah pun mengiktiraf UEC,” kata Saifuddin pada majlis DAP di Bentong.

Dong Zong sejak beberapa dekad lalu mendesak Malaysia supaya mengiktiraf UEC yang menggunakan kurikulum dari Taiwan dan semua silibusnya menggunakan bahasa Cina sebagai kelayakan untuk memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA)

Kerajaan Malaysia bagaimanapun tidak dapat membenarkan perkara itu memandangkan ia bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan bahasa kebangsaan sebagai syarat penting dalam bidang akademik.

“Rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk memilih mana-mana aliran pendidikan yang diingini tanpa diskriminasi walaupun akan wujudnya perbezaan dari segi bahasa pengantar, kebudayaan, sukatan pelajaran dan sebagainya.

“Sistem pendidikan UEC telah lama ditindas oleh kerajaan UMNO yang konservatif dan zalim,” dakwa Pengarah Biro Hal-Ehwal Varsiti Pemuda DAP, Leong Yu Sheng pada Disember tahun lalu. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar