Seorang lelaki yang merupakan seorang anggota polis semalam telah memuatnaik sebuah status di laman Facebooknya di mana dia menyatakan begitu terkejut selepas menerima sepucuk surat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyatakan dia sudah menjadi ‘allahyarham’.
Surat berkenaan ditujukan kepada isterinya di mana berdasarkan petikan di dalam surat, pihak LHDN menuntut isteri beliau melangsaikan hutang cukai Allahyarham Amran Bin Mohamed yang masih berbaki RM1728,50.
Beliau menyatakan sebelum membuka surat itu dia menyangka surat itu adalah lebihan bayaran balik tahun lepas yang tidak dibayar balik oleh pihak LHDN kerana setiap dua tahun selepas isytihar e-filling dia akan menerima bayarana.
“Setelah surat dibuka, alangkah terkejutnya saya bila isi kandungan surat tersebut menyatakan mohon pewaris iaitu isteri saya supaya menjelaskan baki yang masih terhutang kerana penama sudah meninggal dunia.”
“Selain itu, surst itu turut meminta isteri saya memberikan maklumat seperti nama, alamat dan waris serta salinan sijil kematian.”
“Untuk makluman pihak LHDN cawangan Negeri Terengganu, penama masih belum lagi meninggal dunia dan tidak ada hutang atau baki yang tertunggak, saya ada bukti tiap2 tahun bayar income tax,” tulis beliau di laman Facebooknya.
Beliau dalam pada itu memohon kepada pihak LHDN memeriksa kakitangan yang melakukan perkara demikian yang menyusahkan dia terutamanya melibatkan soal kematian.
Memetik hasil temubual dengan Harian Metro pula, Amran yang bertugas sebagai polis bantuan di sebuah syarikat minyak dan gas berkata, dia tidak pernah mengabaikan soal pembayaran cukai pendapatan.
“Setiap bulan cukai pendapatan saya dipotong dan majikan membuat bayaran kepada LHDN.
“Saya pelik kenapa pihak LHDN melakukan kesilapan sebegitu sedangkan nama saya dan isteri serta alamat yang ditujukan adalah tepat,” katanya.
beliau bagaimanapun tidak berniat untuk membuat laporan polis kerana menganggap kejadian itu sebagai satu kesilapan dilakukan LHDN.
“Saya harap perkara sebegini tidak lagi berulang pada masa akan datang terhadap diri saya dan orang lain.
“Soal mati jangan dibuat main boh,” katanya lagi.
Surat yang diterima beliau.
Update…Kes Selesai
Sumber: Amran Mohamed, Siakapkeli
sumber:siakapke.li
Tidak ada komentar:
Posting Komentar