KUALA LUMPUR – Penaja The Red Warriors (TRW), Tan Sri Annuar Musa kecewa dengan prestasi pasukan itu setakat musim ini.
Bagi beliau, prestasi pemain pasukan Kelantan tidak padan dengan gaji yang diterima mereka.
“Hari ini (semalam) duit gaji TRW RM816,000 sebulan untuk bulan Julai sudah di serah kepada bendahari Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).
“Gaji semua ‘on time’, tapi tengok prestasi mereka sangat menyedihkan. Tak padan dengan susah payah cari pitih (wang),” katanya dalam satu kenyataan di Facebook semalam.
Bagaimanapun, Annuar yang juga bekas Presiden KAFA memberi jaminan akan tetap berusaha membantu TRW mendapat dana yang sepatutnya.
Namun, beliau berharap pengurusan KAFA sedia ada tidak berpeluk tubuh dan berusaha memperbaiki perkara tersebut.
Pasukan Kelantan ketika ini berada di tangga ke-9 dalam carta saingan Liga Super 2017.
Jurulatih Kelantan, Zahasmi Ismail turut menyatakan kecewa dengan sikap anak buahnya selepas kecundang 0-2 kepada UiTM FC pada aksi Kumpulan C kempen Piala Malaysia baru-baru ini. – Mynewshub.cc
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar