Rabu, 02 Agustus 2017

Bukan Roti Canai Mamak Tetapi Roti Canai Apek. Lelaki Pecah Tradisi Canai Roti Selama 18 Tahun di Segamat

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Roti canai sinonim dengan gerai makan Melayu mahupun India namun seorang lelaki berbangsa Cina ini ‘memecahkan tradisi’ itu apabila dia mempunyai sebuah kedai roti canai di Segamat, Johor.

Menurut Malaysian Digest, Chang Wah Tey bukan sahaja memiliki kedai roti canai tersebut, malah turut menguli dan mencanai sendiri roti tersebut sejak 18 tahun lalu! Wow!

Sumber: JOM.MAKAN.LIFE Sumber: JOM.MAKAN.LIFE

Lelaki berusia 65 tahun itu berasal dari Kampung Tengah, Segamat telah mencuba bekerja di pelbagai bidang termasuklah penoreh getah. Namun, kerana cintakan roti canai, Wah Tey gigih mempelajari rahsia dan cara-cara pembuatannya.



Bersungguh-sungguh mahu mahir dalam pembuatan roti canai, Wah Tey mula belajar dari rakan India Muslimnya selama empat bulan sebelum memulakan perniagaannya. Menurutnya, dia akan memperuntukkan tiga jam untuk mempelajari cara uli roti canai dalam tiga kali seminggu.

Sumber: Follow us Sumber: Johor

Wah Tey kini mempunyai kedai kopi miliknya yang dibuka setiap hari jam 6.30 hingga 11.30 pagi kecuali jika dia dan isteri hendak pergi bercuti.Setiap hari sebanyak hampir 300 keping roti canai dibuat dan lebih dari itu pada hujung minggu.

Kedai kopi ini malahan tiada sebarang papan tanda tetapi orang ramai masih tetap mengenalinya sebagai Roti Canai Kampung Tengah.”

Pada awal perniagaannya, Wah Tey hanya menggunakan minyak sapi untuk membuat roti canai tetapi kini dia tukar kepada minyak masak sayuran.

“Pelanggan tidak gemas dengan rasa minyak sapi dan percaya ia akan meninggikan paras kolestrol.”



Sumber: JOM.MAKAN.LIFE Sumber: JOM.MAKAN.LIFE

Roti canai di kedainya dijual pada harga RM1.30 sekeping selain turut menjual roti telur dan roti sardin. Anak lelakinya juga turut menunjukkan minat dalam pembuatan roti canai dan membantunya menguruskan kedai kopi tersebut. Isterinya pula menggalas tugas menyediakan minuman seperti teh, kopi dan barli untuk pelanggan.

Meskipun terdapat banyak gerai makanan dikendalikan masyarakat Melayu dan India, ternyata kedai kopi milik Wah Tey tidak terkesan dengan persaingan sengit.

Roti canai mamak? Ini roti canai apek okaaaay!

Baca: Peniaga Restoran di Marang Baik Hati Beri Pelanggan Tambah Makanan Secara Percuma

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar