Rabu, 02 Agustus 2017

Tak Tahu Malu! Dah La Salah, Lepas Tu Rakam Pula…

SUDAH buat kesalahan, dirakam pula mangsa yang sedang berang. Akibatnya perakam dapat ‘habuan’ berikutan tindakan kurang cerdik itu.

Menerusi video berdurasi kurang daripada seminit itu, ia memaparkan seorang lelaki sedang mengeluarkan kata-kata kesat berikutan berang dengan tindakan pesalah yang melanggar peraturan jalan raya sehingga menyusahkan pihak lain.

“Tak ada otak ka lu? You mahu ikut traffic light, betul tak? You punya sudah lampu kuning, you mahu tunggu dulu. Ikut peraturan!,” ujar lelaki itu dengan nada berang.

Berikutan terlalu berang dengan tindakan pesalah yang merakam setiap aksinya, mangsa bertindak agresif dengan membalun perakam tersebut menggunakan helmet yang dipegangnya.

Perkara tersebut lantas menyebabkan telefon bimbit yang digunakan oleh perakam tercampak ke dalam kereta.

Insiden yang tidak dikenal pasti lokasi dan masa kejadian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di mana rata-rata mereka beranggapan tindakan perakam itu adalah tidak munasabah.

“Padan muka kau…org hati dengan panas…kau bukan nak ajak bincang…kau sibuk dengan kamera kau….hamekkkkk…well done cha…,” kata Ismen Ismail.

“Dah salah nak rekod-rekod plak…mmg patut kena bantai…,” ujar Ab Nas.

Video berdurasi 43 saat yang menjadi tular itu sehingga kini menerima lebih 9,000 tontonan daripada netizen di laman Facebook.

Haaa… Lain kali diberi akal itu berfikirlah.  Bukan letak dekat lutut. Ingat, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar