Rabu, 02 Agustus 2017

Bayi 4 Bulan Maut Akibat Tersembam Dalam Buaian

SUDAH menjadi impian buat semua ibu bapa untuk melihat anaknya meniarap, berjalan dan berlari. Tetapi, bagi pasangan Melati Mohammad dan Faizul Firdaus, impian itu terpadam buat selama-lamanya apabila anak bongsunya maut selepas tiga hari belajar meniarap.

Kejadian itu berlaku di Bayan Lepas, Pulau Pinang apabila bayi lelaki yang berusia empat bulan itu mengalami kesukaran bernafas kerana mukanya tersembam ke bantal di dalam buaian di rumahnya, lapor Harian Metro.

“Kemungkinan anak saya meniarap dalam buaian kerana dia baru boleh meniarap dalam dua tiga hari lalu. Ketika itu, saya rasa dia tersembam ke bantal yang membuatkan dia tidak boleh bernafas. Suami saya tidak sedar kerana anak saya tidak menangis,” tambahnya lagi.

Kejadian disedari ibu kanak-kanak tersebut kira-kira jam 7.30 pagi tadi apabila mendapati Faris Dayyan Qhumainy, tertiarap dengan mukanya tersembam di bantal di dalam buaian tersebut dan tidak sedarkan diri.

Bayi itu kemudiannya dibawa ke Hospital Balik Pulau namun doktor mengesahkan dia sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Barat, Superitendan AA Anbalagan mengesahkan kejadian tersebut.

“Mayat anak saya dibedah siasat di sini (Jabatan Forensik HPP) dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar,” katanya lagi. – MYNEWSHUB / Aisyah Karim

Video sekadar hiasan.

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar