TIDAK dinafikan Amerika Syarikat telah bertahun mendominasi dunia. Baik dalam aspek intelek, moral, perundangan atau ekonomi. Disebalik segala sumbangan yang dilakukan untuk ‘kesejahteraan dunia,’ Amerika Syarikat bukanlah hero penyelamat yang sebenar.
Menurut James Zogby dalam artikelnya di Huffpost, selama 15 tahun perang yang meletus di Lubnan tidak membawa sebarang perubahan yang baik. Peperangan Israel-Palestin selama berpuluh tahun juga tidak pernah berhenti.
Melihat strategi gencatan senjata dan perjanjian damai sebagai titik lemah sesebuah institusi, pentadbiran Bush menolak strategi tersebut dan terus menerus mempromosi keganasan sebagai kaedah terbaik untuk membanteras musuh.
Usaha Presiden George HW Bush dan Bill Cliton era pasca Perang Dingin yang mempromosi kedamaian dan hanya menggunakan kekuatan tentera apabila perlu ditolak oleh para neo-konservatif. Mereka percaya bahawa ‘kebaikan akan sentiasa menang dan kejahatan akan lenyap’ dan ini menjadi justifikasi setiap tindakan ganas yang diambil.
Persoalannya, apakah kebaikan yang diperjuangkan jika mereka hanya menumpahkan darah rakyat yang tidak bersalah?
Menjadi negara ‘Role Model’ bagi negara lain, Amerika Syarikat menggunakan peluang itu sebaik mungkin untuk menyebarkan ideologi-ideologi palsu yang diikut secara membabi buta tanpa sebarang tapisan. Terkadang, rakyat negara tersebut terlebih ‘Amerika’ daripada penduduk di Amerika sendiri.
Kini, keganasan menjadi pilihan, liberalisasi diperjuangkan tanpa sebarang batasan, undang-undang dicampak ke laut. Segala yang bermula di Amerika menjadi ‘trend’ yang bukan lagi pilihan malah satu kewajipan yang harus diikuti.
Tidak dinafikan Amerika Syarikat mendominasi dunia tanpa sebarang batasan. Namun, apa yang berlaku di Amerika sendiri patut dijadikan pengajaran. Laporan oleh Soren K. Group untuk Marketslant pada 27 Januari lalu, memberi gambaran bahawa Amerika di ambang perpecahan. Disebabkan ketidakadilan pentadbiran dan diskriminasi yang terlalu kuat menyebabkan California bertindak mendapatkan undi untuk menjadi sebuah negara yang independan.
Mempunyai ekonomi ke-enam terbesar dunia, dengan Silicon Valley, agrikultur, dan tanaman kannabis yang terbesar, California mampu membentuk sebuah negara tanpa bantuan Amerika. Mereka berpendapat California akan menjadi lebih baik tanpa campur tangan Amerika.
#laskarmalaya
-MYNEWSHUB.CC
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar