Rabu, 02 Agustus 2017

Putus Cinta Dengan Mr.A, Fathia Tak Jadi Kahwin

SIAPA yang mahu kecundang dalam bercinta. Namun, itulah adatnya; jika ada jodoh maka berkahwinlah dengan kekasih hati, tetapi jika sebaliknya anggap sahaja iainya ketentuan Ilahi.

Tiada jodoh dengan seorang ahli perniagaan, pelakon Fathia Latiff akur dengan takdir dan terpaksa membatalkan perkahwinannya yang sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini.

Pemilik nama sebenar Nur Fathia Abdul Latiff, 30, ini berkata, hubungannya dengan jejaka yang dikenali sebagai Mr. A sebelum ini telah berakhir kira-kira sebulan yang lalu.

“Saya hanya mampu merancang dan kadang-kadang yang kita rancang tak semestinya berlaku kerana semua itu atas kehendak Allah. Setakat ini saya hanya boleh katakan yang diri ini tiada komitmen dengan mana-mana lelaki dan saya masih solo.

“Selagi saya tidak diijab kabulkan, saya adalah milik ibu dan ayah. Tunggu saja sampai hari pernikahan baru saya akan umumkan. Kalau ikutkan, memanglah rasa sedikit terkilan kerana hasrat saya untuk hidup seperti pasangan lain tidak kesampaian. Tapi saya yakin Allah lebih tahu yang terbaik buat diri saya,” katanya.

Namun, gadis manis ini tidak menganggap dirinya tidak bernasib baik dalam percintaan, sebaliknya merasakan apa yang berlaku sudah pasti ada hikmahnya.

“Setiap orang ada pasang surut dan mungkin bukan rezeki saya untuk ada teman dalam waktu terdekat ini. Saya sentiasa positif dan tidak mudah mengalah kerana hidup mesti diteruskan,” kata Fathia penuh positif.

Tak mengapalah Fathia, seorang pergi, beribu lagi yang menanti. Kami pasti ramai jejaka di luar sana yang mahu merebut hati wanita cantik ini ketika ini!-MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar