BEIJING – Hanya kerana tidak menunjukkan prestasi kerja yang memuaskan, dua perkerja sebuah syarikat di China menjadi mangsa deraan majikannya dengan cara paling menjijikan.
Lapor portal Shanghaiist, mangsa yang bekerja di sebuah syarikat fotografi di wilayah Sinchuan itu dikehendaki meminum seteguk cawan yang diambil daripada mangkuk tandas.
Perkara itu didedahkan menerusi satu rakaman video tular di laman Weibo, menunjukkan pekerja lelaki dan wanita terbabit mengambil air lelehan mangkuk tandas, sebelum meminumnya.
Dalam rakaman berdurasi 39 saat, lelaki berkenaan dilihat seakan ‘reda’ dengan hukuman yang diterimanya, di mana terus meminumnya selepas memeriksa kandungan air tandas itu.
Bagaimanapun buat pekerja wanita itu pula, dia terus menolak dari meneguk air tersebut namun terpaksa akur kerana ianya melibatkan kariernya di syarikat.
Difahamkan, wanita itu kini mengalami trauma dan masalah ciri birit, selain hilang selera makan.
Menurut Beijing News, perakam video insiden jijik itu telah direman selama empat hari dan pengurus syarikat terbabit pula kini ditahan polis bagi siasatan lanjut.
Sehingga kini, netizen tempatan mengecam hebat tindakan pengurus syarikat terbabit ekoran terlalu melampau memberikan hukuman biarpun alasan yang diberikan kononnya mampu meningkatkan prestasi kerja.
Mereka juga menuntut agar individu yang melakukan perbuatan keji itu mendapat balasan sewajarnya. –MYNEWSHUB.CC
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar