Rabu, 02 Agustus 2017

Dua Warga Malaysia Nahas Di SLE Masih Dirawat

SINGAPURA – Dua rakyat Malaysia yang tercampak dari motosikal selepas melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di Seletar Expressway (SLE) seminggu lalu masih menjalani rawatan di Hospital Khoo Teck Puat di sini.

“Kami hargai keprihatinan anda terhadap Encik Danny Raj Muniappan dan Encik Trivikram R L. Mereka kini mendapat rawatan di hospital itu kerana cedera,” kata jurucakap Certis CISCO dalam jawapan e-mel kepada Bernama hari ini.

Penunggang, Danny, 24, dan pemboncengnya, Trivikram, 21, bekerja di Certis CISCO, sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan di sini.

Pada 24 Julai, mereka dilaporkan sedang menuju ke Johor Bahru selepas habis bekerja bila kemalangan berlaku kira-kira 10.30 pagi.

Video kemalangan itu yang tular menunjukkan Trivikram tercampak ke udara sebelum  jatuh  beberapa meter dari kereta berkenaan.

Beberapa saat sebelum itu, Danny melanggar bahagian but kereta itu yang terbuka yang berhenti di lorong paling kanan lebuh raya itu dengan lampu kecemasan sedia terpasang.

Bapanya Muniappan Govindaraju dilaporkan berkata bahawa anaknya mengalami pundi pecah, tulang pelvis retak dan patah kaki.

Lengan kiri dan kaki kirinya juga patah sementara Trivikram mengalami retak tulang pelvis dan patah kaki.

Certis  CISCO enggan menyatakan sama ada kedua-dua pekerja mereka masih berada di unit jagaan  rapi (ICU).

Jurucakapnya bagaimanapun berkata, “Percayalah Certis CISCO memberikan bantuan kepada  kakitangan kami dan keluarga mereka”. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar