Rabu, 02 Agustus 2017

6 Petua Orang Dulu-Dulu Yang Boleh Diamalkan Untuk Halau Lalat Dari Kerumun Makanan

Kalau tinggal sisa makanan lama-lama dekat dapaur, mesti ada banyak je lalat yang dating, mula hurung tong sampah, yang mana buatkan kita sendiri tidak selesa untuk duduk kat dapur lama-lama, sama ada nak masak atau membasuh pinggan kotor.

Bukan itu sahaja, kalau waktu kenduri pun, kadang-kadang ada lalat yang mula nak hinggap di meja makan, atau kawasan tempat kumpul pinggan kotor.Ini sedikit sebanyak buatkan tetamu tidak selesa.

Orang dulu-dulu banyak petua yang dikongsikan dan ianya sedikit sebanyak membantu dalam memudahkan kerja seharian.

Untuk itu, bagi perkongsian kali ini, ada petua bagaimana untuk menghalau lalat yang banyak. Jom kita tengok macam mana nak buat.

Ada ketikanya, lalat banyak berkerumun di dapur. Lebih-lebih lagi ketika kita sedang sibuk memasak. Pantang hidangan tak tutup dengan sempurna memang jadi tempat lalat ni hinggap. Paling sakit hati kalau siap bertelur lagi pada makanan yang terdedah.
Risiko mendapat keracunan makanan jika memakan makanan yang ada telur lalat ni memang tinggi. Jadi terpaksalah kita buang makanan tersebut. Sayangkan?

Zaman dulu, lalat dikatakan lebih suka pada benda yang kotor. Tapi sekarang tidak lagi, walaupun rumah kita bersih dan tiada bau sampah lalat tetap datang untuk mencari makanan yang bersih!

Wow lalat pun dah berevolusi ya bukan sekadar suka hinggap pada benda kotor dibawanya kekotoran tu pada makanan bersih kita pula.

Saya menggunakan kertas yang telah disapu gam dan ada sisa ikan masin, beli di kedai hardware memang digunakan untuk menangkap lalat. Namun setelah berhari-hari tiada lalat yang terlekat, yang kelakarnya kucing saya yang melekat dengan kertas tu kebetulan dia lalu di tingkat di mana saya letakkan kertas tersebut. Kesian meow tu.

Akhirnya masa pulang ke kampung nenek ada kongsikan petua menghalau lalat, ada beberapa petua lama yang boleh diamalkan:

1. Cengkih

Ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan letakkan ke dalam mangguk atau bekas yang berisi air. Letakkan di atas meja makan ataupun di kawasan dapur. Biarkan mangkuk atau bekas itu terdedah begitu sahaja.

2. Lilin

Jika kehadiran lalat sering mengganggu anda sekeluarga yang ingin menjamu selera ataupun anda nak elak lalat hinggap di atas makanan yang baru selesai dihidangkan, nyalakan sebatang dua lilin. Lalat tidak tahan dengan haba panas dari lilin tersebut.

3. Serbuk kulit kayu manis

Serbuk kulit kayu manis juga dapat menghalau lalat. Caranya anda hanya perlu taburkan serbuk kulit kayu manis di atas meja makan atau di ruang kerja anda di dapur.

4. Daun kari

Satu lagi petua yang boleh anda cuba untuk menghalau lalat adalah dengan mengambil daun kari dan letakkan dalam mangkuk atau bekas berisi air dan biarkan terdedah di atas meja makan.

5. Cili

Selain itu anda juga boleh meletakkan cili (di belah dua) di atas meja sewaktu anda tengah menikmati hidangan.

6. Kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang

Satu lagi tips yang bukan sahaja menghalau lalat tetapi juga boleh dijadikan aromaterapi di ruang makan anda, iaitu anda isikan kulit kayu manis, bunga cengkih dan bunga lawang ke dalam kain nipis yang bersih. 
sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar