Senin, 31 Juli 2017

Fakta masih relevan, Tun Mahathir kekal 'Bapa Pemodenan' - Menteri Pendidikan

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan tidak akan mengubah kandungan buku teks sedia ada di sekolah berkaitan rujukan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata penulisan buku teks Kementerian Pendidikan dibuat berdasarkan fakta dan dokumen.

"Fakta tersebut masih relevan dan akan dikekalkan dalam buku teks Kementerian Pendidikan," kata Mahdzir dalam jawapan bertulis di Parlimen.

Beliau memberi reaksi kepada pertanyaan daripada Lim Lip Eng (DAP-Segambut) yang bertanyakan sama ada Tun  Mahathir akan terus diberi pengiktirafan kerana memodenkan Malaysia dalam buku teks di sekolah.

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar