KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa hanya orang kampung yang akan mengungkit tentang asal usul atau keturunan jika terlibat dalam perbalahan.
Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu atau Mat Sabu mendakwa, hal itu menunjukkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertaraf orang kampung.
“Saya tidak menyangka sama sekali orang bertaraf Timbalan Perdana Menteri boleh mengungkit soal keturunan seseorang.
“Sudah tentulah ungkitan soal keturunan ini meletakkan seorang bertaraf Timbalan Perdana Menteri seperti orang kampung,” dakwanya.
Beliau membuat dakwaan yang seolah-olah memperlekehkan orang kampung itu dalam satu kenyataan media hari ini.
Mat Sabu membantah tindakan Ahmad Zahid mendedahkan asal usul Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berasal dari India.
Maklumat tentang asal usul Mahathir itu berdasarkan rekod yang diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang tidak pernah didedahkan kepada umum selama ini.
Mat Sabu dalam pada itu memetik soal agama bagi mempertahankan Mahathir iaitu keturunan atau asal usul tidak boleh menjadi hujah utama menilai seseorang dalam Islam.
“Kebaikan seseorang di sisi agama terletak kepada nilai taqwa sementara nilai khidmat dan pengorbanan boleh dijadikan sebagai hujah yang boleh ditonjolkan,” katanya mempertahankan Mahathir.
Ironiya, pemimpin-pemimpin pembangkang sejak tahun 1998 berulang kali menggunakan hujah Mahathir bukan Melayu, sebaliknya India atau mamak dalam kempen politik mereka.
Antaranya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli dan ramai lagi pemimpin pembangkang yang lain. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar