Presiden Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia (PVTM), Datuk Jurey Latiff Rosli berkata, ia sekali gus mencacatkan minda penerbit drama yang mungkin merasakan perlu memberi duit tepi untuk kelulusan karya mereka.
Jelasnya, isu itu juga sudah dipanjangkan ke pihak stesen televisyen untuk diambil tindakan.
"Sebab benda ini sudah lama dan kita pernah hantar surat malah berbincang dengan stesen mengenai isu ini.
"Kita pentingkan kualiti, kalau penerbit sudah dibebani masalah kos meningkat selepas itu kita kena bayar lagi 'duit tepi' jadi nanti hasil kualiti produk akan dipertaruhkan. Sedangkan kita hendak produk bagus dan boleh bersaing."Industri sihat dari segi semua akan dapat peluang, siapa bagus dan beri hasil terbaik akan mendapat projek. Kita jaga kualiti dari segi itu. Persaingan itu sangat sihat daripada persaingan siapa ada duit dan bayar, kita hendak banteras benda-benda macam ni," katanya semasa dihubungi di sini hari ini.
Jurey mengulas isu dalam ruangan pojok sebuah akhbar pada Ahad yang mendedahkan terdapat orang dalam sebuah stesen televisyen meminta rasuah sebelum karya itu diterima stesen berkenaan.
Dalam pada itu pihaknya masih tidak akan membuat aduan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana masih belum mempunyai bukti kukuh.
"Mungkin ini cakap orang luar yang tidak dapat hendak beri dan dapat projek.
"Kita tidak ada bukti kukuh dan sehinga itu kita tidak buat apa -apa laporan rasmi kerana tidak hendak buat tuduhan melulu.
"Cakap-cakap luar sudah banyak yang didengar, ada ahli beritahu dan kita cuba panjangkan kepada pihak stesen televisyen mengenai isu ini," jelasnya.
Jurey turut mengaku sudah berhubung dengan pejabat Ketua Pengarah SPRM untuk membuat kunjungan hormat di pejabatnya.
"Kita mahu tukar maklumat dan melihat apa proses yang boleh dilakukan sekiranya ada sumber yang boleh dipercayai dan mungkin SPRM boleh masuk. Itu yang kita sedang fikirkan," ujarnya.
Sebelum ini, kecoh apabila ahli-ahli Persatuan PTVM mendakwa rancangan-rancangan terbitan mereka semakin susah untuk dijual kepada stesen-stesen TV swasta.
Mereka mendakwa berlaku unsur pilih kasih dan kronisme di stesen-stesen TV swasta sehingga ahli-ahli PTVM tertekan.
sumber:siakapke.li
Tidak ada komentar:
Posting Komentar