Perintah reman dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman di Mahkamah Majistret di sini, pagi ini.
Suspek berusia 46 tahun itu ditahan kira-kira jam 9.20 malam tadi, di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini selepas hampir 12 jam memberi keterangan.Suspek tiba di mahkamah kira-kira jam 9.20 pagi tadi dengan berkerusi roda, memakai baju lokap SPRM dan tangan bergari.
Peguam suspek, Fahmi Abdul Muin, ketika ditemui berkata, anak guamnya terpaksa berkerusi roda kerana masalah sakit tulang belakang dan sendi otot.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16, Akta SPRM 2009.
Pada Isnin, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkifli Ahmad mengarahkan kertas siasatan dibuka bagi menyiasat pembelian hotel tersebut yang disyaki telah dibeli dengan harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran.
sumber:siakapke.li
Tidak ada komentar:
Posting Komentar