Senin, 31 Juli 2017

JDT Kehilangan Marcos Akibat Kecederaan ACL

JOHOR BAHRU – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa mengharungi baki saingan Liga Malaysia musim ini tanpa pemain pertahanan importnya, Marcos Antonio.

Laman Facebook rasmi JDT melaporkan, Marcos akan menjalani pembedahan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di lutut kirinya ketika menentang Perak.

“Marcos akan menjalani pembedahannya di Portugal dan akan terlepas baki perlawanan pada musim ini dan akan menjalani proses pemulihan.

“Satu tempoh masa untuk kembali ke aktiviti bola sepak akan diketahui pada satu masa akan datang,” kata laman Facebook berkenaan.

Sementara itu, Ketua Jurulatih JDT, Ulisses Morais berkata, pasukan itu membuat persiapan terbaik untuk menentang Terengganu bagi melayakkan diri ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala Malaysia.

“Kami sedar bahawa pasukan Terengganu merupakan sebuah pasukan yang hebat. Oleh itu kami menjangkakan perlawanan pada malam ini akan menjadi antara perlawanan yang sukar,” katanya.

Mengenai kesebelasan utama, kata beliau JDT akan membariskan pemain yang mampu mempertahankan matlamat pasukan itu mara ke peringkat suku akhir. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar