Senin, 31 Juli 2017

Wanita Bogel Jalan Sekitar Bandar Bologna, Itali

LANGSUNG tiada malu. Seorang wanita muda mengejutkan orang ramai di bandar Bologna, Itali, iaitu bandar tumpuan pelancong selepas dia dengan selamba bertelanjang bulat.

Wanita bertatu itu memberitahu dia berbuat demikian kerana enggan memakai baju setelah ditanya oleh orang ramai di mana bajunya.

Malah tanpa malu, dia berjalan sambil tersenyum meskipun perbuatannya itu menjadi tumpuan.

Dia juga tidak peduli walaupun gelagatnya itu dirakamkan. Sambil menggalas beg, dia mendengar muzik menerusi `headphones’.

Tidak diketahui sama ada dia berjalan dalam keadaan telanjang itu sekadar guarauan atau mahu mempromosikan sesuatu benda, namun gambar dan videonya itu telah menjadi viral di media sosial.

Bukan semua orang yang suka melihat badannya sebaliknya ramai yang mempersoalkan tindakan gila yang dilakukannya semata-mata untuk mendapat perhatian. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar