Senin, 31 Juli 2017

“Saya minta Afifah keluar bagi ruang saya dan Aliff bincang tapi dia tidak peduli” – Bella Astillah

Isteri penyanyi Aliff Aziz iaitu Bella Astillah menjelaskan tujuannya menerjah kelab karaoke pada Khamis lalu bukan untuk menyerang suaminya yang sedang bersama pelakon Nur Afifah Nasir.

Bella atau nama sebenarnya atau Dayang Nabellah Awang Astillah berkata, kedatangannya ke lokasi itu adalah untuk berbincang secara baik berkaitan hubungan mereka.

“Saya datang ke pusat karaoke itu dengan hasrat untuk berbincang secara baik dengan suami saya. Saya minta dia (Afifah) keluar sebentar dari bilik itu bagi memberi ruang kepada kami.

“Tapi dia tidak peduli dan tetap berada di situ sehingga keadaan tidak terkawal dan berlaku kejadian tidak diingini,” ujarnya kepada mStar Online.

Bella dan Aliff ditemui pada sidang media berhubung kes itu di Hotel Roof Garden, dekat sini, pada Isnin.

Dunia hiburan dikejutkan apabila penyanyi Aliff Aziz ditahan pihak polis selepas didakwa mencederakan isterinya, Bella dalam sebuah kelab karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, Bella, 23, bersama ibunya dikatakan mencari Aliff dan mendapati dia bersama seorang pelakon baru iaitu Afifah Nasir di pusat hiburan berkenaan.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menjadi tular apabila kelihatan individu seperti Aliff Aziz dilihat berpimpin tangan dengan seorang wanita dalam kelab karaoke berkenaan.

Sementara itu, Bella berkata, dia belum memaafkan wanita berkenaan sebaliknya, meminta pihak tersebut menjauhkan diri daripada keluarganya.

Katanya, dia mahu kontroversi tersebut menjadi pengajaran terbesar untuk suaminya.

“Sama ada saya maafkan dia atau tidak, itu biarlah masa yang menentukannya kerana buat masa ini hati saya sangat terluka.

“Kalau boleh biar benda ini senap sahaja selepas ini. Saya juga harap pihak-pihak tersebut menjauhkan diri daripada saya dan keluarga,” ujarnya.

Dalam pada itu, ditanya tentang kenyataan kakak kepada Afifah iaitu Anzalna yang menuduh dia sebagai berperangai pelik dan meroyan selepas bersalin, Bella berkata, dia sangat terkesan dengan perkara itu.

“Apa yang di cakap itu betul-betul menyakitkan hati saya, malah semua ahli keluarga yang berada di Sabah turut terasa.

“Meroyan itu macam mana ya? Pada saya tindakan yang saya lakukan itu bukan meroyan. Saya masih bersabar dan berfikiran waras ketika itu, cuma situasi yang tidak terkawal telah mengubah keadaan menjadi lebih buruk,” ujarnya.

Meroyan ialah sejenis penyakit jiwa yang biasanya terjadi kepada wanita baru bersalin.

Sementara itu, Aliff menafikan dakwaan isterinya seorang queen control dan sering menganggu di lokasi sepanjang penggambaran drama berkenaan.

Katanya, selama mereka berkahwin, Bella tidak pernah mengatur atau menentukan kehidupannya.

Malah, pihak yang membuat tuduhan itu bukan orang yang mengenali mereka.

“Queen control itu tidak betul, tuduhan ini datang dari sumber yang tiada kena mengena dengan apa yang terjadi. Ini adalah hal rumah tangga kami dan dia bukan orang yang layak untuk bercakap.

“Sepanjang perkahwinan kami, Bella tidak pernah cakap jangan buat itu atau ini. Dia memberi kebebasan sepenuhnya kepada saya,” ujarnya.

Aliff yang berasal dari Singapura dan Bella berkahwin pada September tahun lalu dan baru sahaja dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Mohamad Ayden Adrean, pada 8 Julai lalu.

Sumber: Mstar

Loading...
sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar