PUTRAJAYA – Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Felda Investment Corporation (FIC) ditahan reman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kes pembelian hotel di London.
Perintah reman sehingga 4 Ogos itu dikeluarkan Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengemukakan permohonan di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Individu yang berumur 46 tahun itu kini merupakan seorang ketua pegawai eksekutif di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di Negeri Sembilan.
Suspek yang tiba di perkarangan mahkamah dengan berkerusi roda, berbaju lokap SPRM dan bergari sambil diiringi pegawai SPRM pada 9.20 pagi kelihatan tenang.
Kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta SPRM2009. Suspek diwakili peguam Fahmi Abdul Muin dan Azra Kamarudin.
Fahmi berkata anak guamnya berkerusi roda kerana mengalami ‘slip disc’ serta ‘muscle spasm’ dan perlu membuat pemeriksaan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
SPRM menahan lelaki tersebut pada pukul 9.20 malam tadi Ibu Pejabat SPRM di sini setelah hampir 12 jam dia memberi keterangan.
SPRM membuka kertas siasatan berhubung pembelian sebuah hotel di Kensington, London antara 2013 dan 2015 oleh FIC dengan harga yang dipercayai jauh lebih tinggi berbanding harga asal hingga menyebabkan anak syarikat FELDA itu mengalami kerugian jutaan ringgit.
FIC dilapor membeli hotel empat bintang di Kensington pada harga STG60 juta (RM330 juta) pada 16 Dis 2014. – BERNAMA
Loading...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar