Senin, 31 Juli 2017

Daesh Akui Laksana Serangan Di Kabul

KABUL – Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di luar kedutaan Iraq di Kabul, semalam, sebelum sekumpulan militan menyerbu pekarangan itu, kata pihak berkuasa Afghanistan.

Semua penyerang berkenaan terbunuh dan pekarangan kedutaan kembali terkawal kira-kira empat jam selepas serangan bermula, menurut kenyataan kementerian dalam negeri Afghanistan.

Menurutnya, semua kakitangan kedutaan selamat dan hanya seorang anggota polis cedera ringan.

Ia juga menyatakan sekurang-kurangnya empat militan menyerang kedutaan berkenaan bermula dengan penyerang berani mati yang meletupkan diri di pintu masuk ke pekarangan terbabit.

“Tindak balas pantas polis membolehkan kakitangan serta diplomat Iraq dipindahkan ke tempat selamat.

“Tiada kakitangan kedutaan cedera dan cuma seorang polis cedera ringan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu di Baghdad, kementerian luar Iraq berkata, kuasa usahanya antara yang dipindahkan dan ia kini memantau keadaan bersama pihak berkuasa Afghanistan.

Agensi propaganda Daish, Amaq mengeluarkan kenyataan semalam mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.

Menurutnya, dua anggotanya menyerang bangunan kedutaan Iraq di Kabul.

Bangunan berkenaan terletak di kejiranan yang turut menjadi tempat beberapa hotel, bank dan pasar raya besar. – AFP/myMetro Online

Loading...

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar