Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dalam satu kenyataan pada Isnin berkata inovasi ciptaan Muhammad Danish Syafi Mohd Azdikirana, 12, yang mewakili sekolahnya itu menarik perhatian para juri yang mampu menyelesaikan masalah pencinta kucing semasa tiada di rumah.
"Pemberi makanan kucing suria itu merupakan percambahan idea bersama bapanya dalam mereka cipta sebuah kotak makanan yang disambungkan kepada litar kawalan elektrik, alat pengimbas dan panel suria sebagai bekalan tenaga.
Beliau bersama adiknya memikirkan kaedah terbaik itu untuk memastikan lapan ekor kucing peliharaannya tidak terabai sekiranya mereka terpaksa meninggalkan haiwan peliharaannya itu untuk bercuti dan sebagainya," menurut kenyataan itu.Produk itu turut dihasilkan dengan bantuan seorang lagi rakannya Amirul Haziq Mohd Shamsudin yang mana ia akan berfungsi apabila kucing mendekati alat pengimbas serta mengeluarkan makan secara automatik dalam jumlah ditetapkan.
Para pereka cilik itu turut berharap produk berkenaan mampu mendapat penajaan dana dari pihak yang berminat agar ia dapat dikomersialkan di pasaran.
Muhammad Danish Syafi terpilih menyertai WICC menerusi penajaan oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) selepas muncul pemenang Kategori Utama dalam Simposium Inovasi dan Pembelajaran Kajian Kejuruteraan (PERLIS 3.0), Mei lepas.
Selain SK Putra, dua lagi pingat emas turut diperoleh delegasi penyelidik Perlis, pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al-Maad).
WICC kali keenam yang dianjurkan oleh Korea University Invention Association (KUIA) itu merupakan platform penyelidikan khusus yang menghimpunkan inovasi para pelajar daripada sekolah-sekolah di seluruh dunia.
-- BERNAMA
sumber:siakapke.li
Tidak ada komentar:
Posting Komentar