Jenayah rogol dan cabul makin berleluasa dari hari ke hari. Lebih menyedihkan apabila mangsanya ialah anak kecil yang masih suci dan tidak berdosa!
Baru-baru ini seorang lelaki telah ditangkap atas pertuduhan mencium dan mengorek jarinya ke kemaluan anak saudara yang baru berusia lima tahun di Asajaya, Kuching, lapor Utusan Online.
Malah tidak cukup dengan itu, lelaki tersebut telah melakukan hal yang sama terhadap adik mangsa yang baru berusia setahun tujuh bulan. Weiii ko ni manusia jenis apa??
Menurut Sarawak Voice, perbuatan terkutuk lelaki durjana tersebut mula disedari apabila ibu mangsa mendapati bahagian kemaluan anak perempuannya yang berusia setahun itu lebam semasa menukar lampin kanak-kanak tersebut.
Gambar hiasanMangsa yang berusia lima tahun pula membisikkan ke telinga ibunya yang suspek juga pernah menciumnya dan mengajak kanak-kanak tersebut untuk melakukan hubungan seks. Anak kecil tersebut juga mengaku bahawa suspek pernah memasukkan jari ke dalam alat sulitnya berulang kali. Euww dasar pedofil!
Terkejut dengan apa yang didengarnya, ibu dan bapa mangsa telah membuat laporan polis di Kota Samarahan pada Sabtu lalu. Pihak polis seterusnya menahan suspek yang juga seorang penganggur berusia 22 tahun di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tambirat.
Sumber: Utusan OnlineSuspek ditahan reman selama tujuh hari dan kes bakal disiasat di bawah Seksyen 12 (a) dan (d) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Kes ini merupakan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak yang kedua di bawah Akta ini selepas kes pertama melibatkan mangsa berusia 16 tahun di Kuching pada 13 Julai lepas.
Entah apalah yang mereka fikir sampai sanggup buat budak kecil macam tu… Melampau sungguh!
Baca: Warga Emas Korek Kemaluan Kanak-Kanak Berusia Enam Tahun di Tempat Awam di Kuala Terengganu
Tidak ada komentar:
Posting Komentar