Graduan yang layak berpeluang mengikuti latihan penempatan di hospital-hospital di Amerika Syarikat. (Gambar: Perdana University Graduate School of Medicine - Facebook)
Sebagai contoh, yuran pengajian Sarjana Muda Pembedahan Pergigian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) hanya RM200 semester kerana kos RM42,700 per semester ditanggung pihak universiti tersebut. Namun, Perdana University Graduate School of Medicine (PUGSOM) pula menawarkan pengajian Program Perubatan Lepasan Ijazah selama empat tahun dengan yuran sebanyak RM450,000.
Difahamkan, program itu adalah pertama dan satu-satunya program lepasan ijazah yang ditawarkan di Malaysia. Dalam tempoh pengajian itu, pelajar berpeluang mengikuti pengajian menggunakan kurikulum berasaskan program perubatan Amerika Syarikat (AS). Program itu dibangunkan secara bersama oleh pakar-pakar pengajian perubatan dari negara berkenaan dan Malaysia.
KERJASAMA UNIVERSITI LUAR NEGARA
Universiti Perdana dalam satu kenyataan baru-baru ini menyatakan program itu ditawarkan melalui PUGSOM dengan Universiti California San Diego (UCSD) yang bertindak sebagai rakan kolaborasi
Melalui program itu, pelajar-pelajar berpeluang mengikuti pengajian di kampus PUGSOM di Serdang, Selangor dan di hospital-hospital kerajaan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan. Kampus ini dilengkapi pelbagai kemudahan terkini seperti perpustakaan termasuk rujukan atas talian, makmal dan muzium anatomi dan Unit Kemahiran Klinikal.
Di samping itu, terdapat penempatan klinikal di hospital-hospital yang dikenal pasti dan pelajar juga berpeluang mengikuti program penempatan komuniti di beberapa daerah seperti di Bentong, Pahang. Penempatan klinikal adalah selama 120 minggu bersama penempatan komuniti dengan pengawasan rapi tenaga pengajar universiti serta pakar-pakar di hospital.
Melalui penawaran kursus elektif pada tahun ketiga, pelajar berpeluang untuk mengikuti pengajian elektif ini di UCSD atau universiti yang bersedia menerima pelajar-pelajar program itu. Pelajar juga berpeluang menjalani penyelidikan dengan penyeliaan oleh pensyarah program itu.
KELEBIHAN PROGRAM PERUBATAN LEPASAN IJAZAH
Graduan program itu akan dianugerahkan Ijazah MD (Medical Degree) oleh Universiti Perdana. Graduan yang berkelayakan pula berpeluang mengikuti latihan penempatan di hospital-hospital di AS.
Malah, empat kohort pertama program itu yang bakal tamat pengajian pada September tahun ini sedang menjalani latihan penempatan di beberapa hospital di AS manakala yang lainnya sedang dan akan mengikuti latihan sebagai pegawai perubatan lepasan siswazah di hospital tempatan.
Mereka yang layak mengikuti Program Perubatan Lepasan Ijazah tersebut akan memulakan pengajian pada pertengahan Oktober 2017.
Syarat pemohon perlu mempunyai kelayakan berikut:
- Mempunyai ijazah dalam bidang berasaskan Sains (Contoh: Sains Tulen, Sains Gunaan, Bioperubatan, Mikrobiologi, Kejuruteraan, Farmasi).
- Memperolehi PNGK 3.3.
- Fasih dan mahir dalam Bahasa Inggeris
- Lulus temuduga
Tidak ada komentar:
Posting Komentar