Senin, 31 Juli 2017

Bengang dengan 'traffic jam', lelaki ini berenang ke tempat kerja

TIDAK tahan dengan kesesakan lalu lintas, seorang lelaki mengambil keputusan untuk berenang ke tempat kerjanya.

Lelaki yang dikenali sebagai Benjamin David, 40, itu berasal dari Munich, Jerman dan sanggup berenang sejauh dua kilometer untuk mengelak kesesakan lalu lintas.

David mengambil masa 30 minit berenang merentasi Isar River untuk ke pejabatnya yang terletak di Kulturstrand.

David memasukkan kelengkapan pejabat serta pakaiannya ke dalam beg kalis air sebelum berenang merentasi Isar River.

Sebelum ini, David pernah mencari alternatif lain dengan berbasikal untuk ke pejabat tetapi cara itu tidak bertahan lama dan David mula mencuba untuk berenang ke tempat kerja.

Menerusi cara tersebut, David jimat banyak masa kerana jika memandu pada waktu puncak di Munich, pemandu mungkin boleh tersekat dalam kesesakan lalu lintas selama lebih satu jam.

Sumber: Time.com, BBC

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar