Senin, 31 Juli 2017

Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017

KUALA LUMPUR – Sasaran kerajaan untuk membina satu juta unit rumah mampu milik (RMM) dijangka dapat dilepasi menjelang penghujung tahun ini, menurut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) di Dewan Rakyat hari ini berkata sehingga April lalu, jumlah unit RMM yang disasarkan untuk pembinaan adalah 875,490 buah, dan daripada jumlah itu, 237,738 unit telah siap dibina sepenuhnya.

Harga jualan setiap unit RMM ditetapkan pada harga siling maksimum RM300,000.

Menurutnya, Kedah mencatat jumlah RMM yang paling banyak telah disiapkan iaitu 42,131 unit diikuti Selangor (34,344 unit), Johor (25,410 unit), Perak (20,952 unit), Melaka (17,750 unit), Sabah (17,665 unit), Terengganu (15,906 unit), Pahang (14,650 unit).

Pulau Pinang (13,278 unit), Kelantan (12,893 unit), Kuala Lumpur (5,810 unit), Sarawak (5,220 unit), Putrajaya (1,123 unit) dan Wilayah Persekutuan Labuan (172 unit).

Wong minta penjelasan bilangan unit RMM yang dibina selepas Pilihan raya Umum ke-13 dalam pecahan negeri, lokasi dan bilangan.

Mengenai Skim Sewa Untuk Beli, menurut kementerian itu, walaupun skim berkenaan buat masa ini adalah khusus bagi rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), ia menpunyai potensi untuk diperluaskan bagi pembelian unit rumah yang dibangunkan agensi-agensi dan kerajaan negeri yang lain pada masa akan datang. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Ini Cara IRMA HASMIE Didik Anak Dengan Ilmu Dunia & Akhirat — Inspirasi Buat Ibu Bapa..

Pelakon Irma Hasmie mengakui keutamaannya hanya kepada keluarga berbanding perkara lain. Meskipun kerjaya sebagai pelakon dan pengacara masih berjalan seperti biasa, namun setiap tawaran yang diterima akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

“My little caliph #redzasyahirfhan Insya-Allah.. Amin” 
Foto ini dimuatnaik Irma kira-kira 14 minggu lalu diiringi foto berikut. Ternyata Irma amat menititikberatkan ilmu agama kepada anaknya dari kecil. 
"لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)"

Kapsyen hadis yang dimuatnaik Irma adalah panduannya sebelum melakukan sesuatu kerja. Malah Irma banyak memotivasikan dirinya dengan mengamalkan hadis-hadis Rasullulah S.A.W sebagai panduan dalam kehidupannya. Dan pastinya amalan ini boleh dicontohi bersama. 
“Salam Jumaat…Irfhan dah balik from school. Later irfhan nak bawa mummy go holidays😍" #littlecaliphs#redzasyahirfhan
Kapsyen ini dimuatnaik Irma 12 minggu lalu diikuti foto Irma bersama anak sulungnya, Redza Syah Irfhan balik dari sekolah. Meskipun sibuk dengan kerjayanya, Irma bijak menguruskan masa untuk menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah. Inilah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. 

5 Sebab Irma Hasmie Menjadi Suri Teladan yang Baik untuk Anaknya 
Sebagai ibu berkerjaya, pasti agak sukar untuk metmbahagikan masa antara tuntutan kerja dan komitmen kepada keluarga. Seperti wanita berkerjaya yang lain, bagi Irma keluarga adalah keutamaannya. Baginya pengurusan jadual kerja penting kerana dia tidak mahu kerja-kerja yang diamanahkan tidak mengikut apa yang ditetapkan.

Berkat Doa Seorang Ibu 
Kata Irma: Doakan Irfhan jadi anak soleh, insan yang bermanfaat pada insan lain... Terima kasih uncle @sucagwale bawa kopiah jauh dari Haramain. 
Momen Hari Pertama Ke Sekolah 
Kata Irma: Bismillahir Rahmanir Rahim… First day of school for Irfhan, Mummy dan Daddy Irfhan jadi anak soleh, be good ok sayang #redzasyahirfhan #littlecaliphs #4years
Alahai…Comelnya!
Kata Irma: Subhanallah…Naylie my jantung hati…Ok lah , good night everyone. Assalamualaikum. Dress, Socks and Shoes : From @mothercaremalaysia #irmanurnaylie#mothercaremalaysia #mothercare
Momen Menikmati Ais Krim Bersama-sama 
Kata Irma: Subhanallah…Homemade ice cream, 🍊 #redzasyahirfhan #irmanurnaylie
Alahai…Sweetnya Pasangan Adik-Beradik Ini! 
Kata Irma: Chef de Sevilla…haha! #irmanurnaylie #redzasyahirfhan
Sumber: Instagram: @irmahasmie, InTrend
sumber:siakapke.li

Desakan Qatar Supaya Mengantarabangsakan Kawasan Ibadah Haji Disifatkan Sebagai Agresif Dan Perisytiharan Perang Terhadap Arab Saudi..

MANAMA: Desakan Qatar supaya mengantarabangsakan kawasan ibadah haji disifatkan sebagai agresif dan perisytiharan perang terhadap Arab Saudi.
Demikian pandangan yang diputuskan pada mesyuarat menteri luar empat negara Arab yang memulaukan Qatar seperti yang diumumkan Menteri Luar Saudi, Adel Al-Juber.
Beliau bercakap kepada stesen televisyen Al Arabiya dan Al Hadath selepas mesyuarat berkenaan.

“Kami berhak untuk bertindak balas terhadap sesiapa yang bekerjasama untuk mengantarabangsakan kawasan suci (Makkah dan Madinah.)”
Bagaimanapun, di Doha, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammmed bin Abdulrahman al-Thani berkata, tidak ada pegawai negaranya yang membuat gesaan seumpama itu.
“Kami bosan dan letih bertindak balas terhadap maklumat dan cerita palsu yang direka,” kata Shiekh Mohammed kepada stesen televisyen Al Jazeera.

Bagaimanapun Qatar ada menuduh Arab Saudi mempolitikkan haji dan melaporkan kepada jawatankuasa khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kebebasan beragama kerana bimbang halangan yang dihadapi rakyat negara itu bagi menunaikan ibadah berkenaan tahun ini.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain sebelum ini mengeluarkan senarai 13 tuntutan untuk dipatuhi Qatar untuk mengakhiri pemulauan ke atasnya.

Antara tuntutan itu ialah Qatar perlu menghentikan sokongan terhadap Ikhwanul Muslimin dan menutup stesen berita satelit yang berpejabat di Doha, Al Jazeera.
sumber:siakapke.li

Kes Pelajar Gaduh Di Sabah: Berebut Lelaki Punca Gaduh?

BEREBUT lelaki dipercayai merupakan punca pergaduhan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak di Kota Kinabalu.

Video pergaduhan itu menjadi tular di laman sosial sejak kelmarin menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada perebutan seorang remaja lelaki di antara suspek dan mangsa.

Ini gara-gara tersebar perbualan Whatsapp dipercayai di antara guru-guru di sekolah berkenaan mengenai kes tersebut yang mana menunjukkan gambar remaja lelaki yang dipercayai menjadi rebutan di antara suspek dan mangsa.

Susulan itu, 10 pelajar perempuan dilaporkan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menerusi video yang tersebar, tidak semua 10 pelajar terlibat memukul dan membelasah pelajar tersebut, namun mereka turut dikira bersubahat kerana menjadi batu api dengan merakam video pergaduhan terbabit.

Dalam video itu dapat dilihat mangsa merayu supaya dilepaskan agar masalah mereka dapat diselesaikan secara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Ada di antara suspek dilihat ketawa dan tak kurang juga ada yang sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.

Lebih menyakitkan hati, pembuli-pembuli tersebut dikatakan sempat bergambar wefie selepas berpuas hati membelasah mangsa.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu supaya tidak mengganggu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Anak-Beranak Malang, Termakan ‘Sayur’ Ular

KALAU dulu kita pernah dengar tentang berita lintah di dalam sayur kangkung. Sekarang lain pulak yang terjadi di India.

Seorang wanita dan anak perempuannya telah dikejarkan ke hospital selepas mereka berdua telah termakan seekor anak ular yang terdapat di dalam sayur kubis yang mereka makan.

Doktor Dharmendra Jhanwar, iaitu doktor yang bertanggungjawab ke atas kes ini mengesahkan bahawa mereka berdua ini keracunan makanan kerana terkena bisa anak ular tersebut.

Media Indianexpress juga telah mendedahkan mengenai kejadian itu menerusi vidoe yang diambil.

Mangsa yang dikenali sebagai Afsana Imam,35,  memberitahu pihak media bahawa kejadian bermula ketika dia sedang memasak untuk makan malam mereka berdua.

Pada mulanya dia memang tak perasan tentang kehadiran anak ular yang malang itu bersembunyi di dalam sayur kubis dan dia terus memasak sayur tersebut.

Malangnya, akibat tindak balas racun ular yang dah bercampur dengan darah mereka, kedua-dua anak beranak itu mula tidak stabil setelah beberapa jam menikmati hidangan ‘eksotik’ tersebut.

Selepas pemeriksana lanjut dilakukan, kedua beranak itu masih lagi di bawah pantauan pihak hospital untuk beberapa hari lagi.

Sebab itu lah kita dinasihatkan untuk membasuh segala sayur-sayuran yang dibeli di pasar atau supermarket sebelum mula memasak. Serangga atau haiwan yang tak diundang kadang-kala memang selalu ‘tersalah jalan’ masuk ke dalam sayur-sayuran yang tumbuh di tanah.-MYNEWSHUB.CC /Ainaa Hafizah

Loading...

sumber:siakapke.li

Lelaki Pandu Pulang Ferrari Baru Dibeli, Kemalangan Hingga Terbakar Keseluruhan Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Siapa sahaja yang tidak gembira apabila kita berjaya mendapatkan sesuatu yang kita idamkan. Namun, seorang lelaki bernasib malang sebaik sahaja berjaya membeli sebuah kereta mewah.

Menurut CNN, seorang pemandu dari United Kingdom ditimpa kemalangan di lebuh raya selepas Ferrari yang dipandunya terbabas menyebabkan kereta mewah tersebut hangus terbakar dijilat api. 

Sumber: Facebook

Lebih membuatkan lelaki itu terkilan adalah kerana dia baru sahaja mendapatkan kereta itu satu jam sebelum insiden malang tersebut berlaku.



“Itu kereta Ferrari. Saya baru saja mendapatkannya satu jam yang lalu.”

Satu perkongsian di Facebook menunjukkan keadaan kereta itu selepas kemalangan berlaku. Menurut perkongsian tersebut, kereta itu dikenalpasti jenis Ferrari 430 Scuderia yang bernilai 200,000 Pounds (RM1,130,611.69).

Sumber: Rapid Cars Sumber: Rapid Cars

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius. Dia berjaya keluar dari kereta itu dan mengalami lebam serta kesan kecederaan ringan.

Meskipun kereta mewah keluaran Itali itu dikenali dengan kelajuannya, tetapi menurut Polis South Yorkshire, punca kemalangan tersebut berlaku bukanlah disebabkan kelajuan.

Sumber: autoblog

Punca kemalangan bagaimanapun tidak dinyatakan namun polis mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan jalan ketika itu licin.



Alahai, malangnya nasib. Nasib pemandu takde apa-apa.

Baca: Tayar Kereta Baru Dibeli Meletup Menyebabkan Ibu dan Bayi 7 Bulan Maut Dalam Kemalangan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
sumber:siakapke.li

Nombor Khas Untuk Pengguna Rapid Buat Aduan

KUALA LUMPUR – Rapid mewujudkan nombor talian khas 0107664472 bagi pengguna LRT, MRT dan Monorel menyampaikan maklum balas dan imej berkaitan salah laku atau laku musnah yang mereka alami semasa menggunakan mode pengangkutan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman berkata pengguna boleh mengambil gambar dan berkongsi maklum balas dengan menghantar mesej WhatsApp kepada nombor tersebut.
Ia akan dikendalikan Pusat Hubungan Rapid KL.

“Maklum balas ini sama ada baik atau tidak baik akan dikongsi pula dengan pihak berkaitan untuk tindalan lanjut. Ini merupakan satu kempen baharu Rapid,” katanya dalam satu kenyataan.
Zohari berkata ia dilakukan susulan sungutan orang ramai mengenai vandalisme dan salah laku sesetengah pengguna ke atas aset MRT laluan Sungai Buloh-Kajang yang perkhidmatannya baru dilancarkan pada 17 Julai lalu.

“Sementara kami memiliki ratusan anggota keselamatan yang bertugas dan ribuan kamera litar tertutup (CCTV), namun kami masih memerlukan kerjasama orang awam,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Lim Jin Aun berkata kempen tersebut akan turut dipanjangkan untuk perkhidmatan bas Rapid KL sekiranya saluran maklum balas baharu itu mendapat sambutan orang ramai.

Beliau juga berkata maklum balas segera mengenai status perkhidmatan rel dan bas Rapid KL boleh diperoleh melalui Twitter @AskRapidKL atau mesej di Facebook MyRapid. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li