New York: Ketika Justin Gatlin bersiap untuk bersaing dengan Usain Bolt buat kali ke-10 dalam acara 100 meter, atlet Amerika Syarikat itu berkata, dia berasakan dirinya kembali muda iaitu ketika masih bergelar juara Olimpik dan dunia.
Selepas tempoh itu, Gatlin yang juga pemenang perak Olimpik Rio berkata, dia mengharungi tahun yang sukar disebabkan pelbagai isu kecederaan.
“Kali ini, saya sudah bersedia untuk bertanding dengan Bolt di Kejohanan Dunia di London, bermula Jumaat ini.
“Saya sudah kembali seperti Justin pada 2004 yang mana saya penuh bertenaga. Ketika itulah saya memenangi emas,” kata Gatlin yang muncul juara Olimpik 2004 dan juara dunia 2005 sebelum digantung atas masalah doping.
Kecederaan buku lali, betis, otot serta pangkal paha yang dialaminya sudah sembuh 100 peratus dan dia kini menumpukan perhatian kepada pertemuan menentang Bolt.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
sumber:siakapke.li
Tidak ada komentar:
Posting Komentar