semalam tengok video Bella Astilah confess pasal kes suami dia kantoi kat bilik karaoke dengan si Afifah tu .
Wartawan tanya macam mana Bella yang masih dalam keadaan berpantang 20 hari boleh tahu suami dia ada dengan perempuan lain dekat pusat karaoke tersebut , lebih spesifik lagi di bilik nombor 333 VIP room .
Simple je Bella jawab .
“Naluri saya sebagai seorang isteri , saya memang rasa tak sedap hati waktu tu .
Saya suruh ayah saya jagakan baby dan saya pergi ke pusat karaoke tersebut dengan mama saya . Memang betul firasat saya mereka berdua ada disitu .”
Hmm . Dasyat . So , apa maknanya ya ?
Maknanya jangan main-main dengan naluri seorang isteri ni .
Dulu saya ada tanya wanita yg failkan cerai fasakh macam mana dia tahu suami dia main kayu tiga .
Jawapan yang sama .
Naluri seorang isteri .
Naluri seorang isteri ni cukup kuat . Terdetik apa sahaja tentang suami , dada akan rasa berdegup kencang .
Kalau ada yang buruk bakal menimpa suami , sumbang langkah suami , selalunya isteri yang akan mendapat petanda terlebih dahulu .
Kalau suami cuba menipu, selalunya Allah akan gerakkan naluri isteri . Lambat laun isteri akan tahu juga. Kalau bukan esok lusa pun pasti masanya akan tiba .
Dan ketika suami sedang bersedih atau dilanda masalah , seorang isteri selalunya mampu merasakannya tanpa harus melihatnya atau diberitahu terlebih dulu oleh suami .
Ibaratnya , dua hati yang berbeza tapi saling bertaut . Hebatnya kuasa Allah .
2 . Lepas tu baca pulak komen netizen Malaysia ni yang duk risau sangat kalau suami mereka digoda dan dirembat oleh perempuan2 spesis Afifah ni .
Sebenarnya kan , jangan fikir lansung benda2 tak best macam ni . Jangan rasa takut orang akan kebas pasangan kita atau takut suami kita curang .
Sebabnya , saya ada terbaca , Allah akan uji kita dengan benda yang kita takut .
Sebab Allah nak tengok sejauh mana pergantungan dan keyakinan kita dengan Allah .
Mohon la pada Allah melalui doa . Allah takkan sia-siakan doa hambanya .
Cubalah kita fikir , seluruh alam ni semua ada dalam genggaman tangan Allah .
Kalau la Allah boleh pegang dan kawal benda yg ada di bumi dan di langit , takkan la Allah tak boleh pegang hati pasangan kita untuk tetap setia dengan kita kan .
So , doa dan yakin sajalah supaya Allah jaga . Nak takut apa lagi kalau Allah yg jaga ?
Lagipun Allah dah cakap ” Aku akan bertindak mengikut sangkaan hambaku . ”
Kalau asyik fikir Allah akan buat suami kita curang , mungkin agaknya itulah yg kita akan dapat nanti .
Jadi , fikir dan sangka yg baik2 saja . All is well .
3. Dalam video tu jugak Bella ada cakap yg suami dia mohon maaf lepas kejadian tu . Dan Bella maafkan dan taknak berpisah dengan suaminya .
Hmm . Orang perempuan ni memang macam ni la kan . Baik sangat .
Cakap pasal baik ni , Ustaz Azhar Idrus ada cakap . Lelaki ni secara jujurnya lebih suka isteri yang baik berbanding isteri yg cantik .
Sebab , kebahagiaan rumahtangga tu bukannya bila hari2 dapat tengok isteri cantik .
Tapi kebahagiaan rumahtangga tu bila wujudnya rasa sakinah , mawaddah dan rahmah di antara suami isteri .
Lagi ustaz cakap , cuba pergi Mahkamah Syariah . Kebanyakan yang bercerai semua yg cantik-cantik .
Maknanya apa ?
Maknanya cantik ni bukanlah kunci utama kebahagiaan rumahtangga . Bukanlah kecantikan tidak penting lansung .
Tapi nak tekankan ia bukan prioriti utama untuk kita bahagia . Berapa ramai yg cantik tapi menderita dalam rumahtangga .
Bukan kecantikan yang menjadi kayu ukur kebahagiaan . Tapi suami lebih bahagia jika baik akhlak isterinya , hormat dirinya dan lembut tutur katanya .
Oleh itu jadilah isteri yang baik . Buatlah sehabis baik terhadap pasangan kita seolah2 dia akan mati meninggalkan kita esok hari .
4. Macam mana pula kalau kita dah doa dan dah jadi isteri terbaik untuk pasangan , tapi in the end suami tetap curang ?
Redha .
Sebab tu bila kita buat baik dengan pasangan , jangan mengharapkan balasan dari dia . Sebab dia pun manusia , tak pernah sempurna .
Dan kalau suami curang jangan sesekali kita mengungkit dan mempersoalkan kenapa dia masih tegar untuk mengkhianati kita setelah kita sudah menjadi yang terbaik untuk dirinya .
Sebab hakikatnya hanya Allah yang berhak menilai semua kebaikan kita .
Ustaz Ebit Lew selalu cakap , kalau Allah datangkan ujian , sebenarnya Allah nak kirimkan kebaikan buat kita .
Jangan pulak tanya , apa kebaikannya ? Tak nampak pun ?
Hati kita ni selalu dididik untuk nampak kebaikan tu dalam bentuk material dan duniawi saja . Kita lupa ada alam akhirat sana .
Tak mustahil Allah nak bagi kebaikan di akhirat nanti .
Mungkin dengan asbab kesabaran kita , Allah tulis nama kita dalam senarai ahli2 Syurga . Siapa tahu ?
5. Lelaki yg curang bukanlah lelaki yg baik .
Dah tu , kenapa nak simpan lagi barang tak elok ? Buat sakit dada . Semak . Kita let go sajalah . Move on lah .
Masa ni singkat sangat kalau nak berebut nak bergaduh soal manusia . Sebab kita tak tahu bila ajal kita untuk mati .
6. Kalau tak nak rasa sakit sangat , selalu lah set mind yg suami kita tu bukanlah hak milik kekal kita . Allah hanya bagi pinjam untuk kita berkongsi kehidupan yg sementara .
Untuk berapa lama ?
Hanya Allah yang tahu .
Mungkin selama-lamanya atau mungkin tak lama lagi , Allah akan ambik balik pasangan kita . Atau mungkin jodohnya dengan orang lain pula kan .
Sakit tu memang lah sakit , tapi Allah dah aturkan semuanya . Siapa kita untuk menolak ? Tiada daya pun kita nak melawan takdir.
Untuk yg pernah dikecewakan , bersangka baiklah .
Mungkin kita pernah meletakkan cinta kepada pasangan kita melebihi cinta kepada Allah .
Ketahuilah sebenarnya Allah sangat cemburu jika kita meletakkan cinta manusia sebagai cinta paling agung .
Last but not least , contohi Dato Vida tu . Dah cerai 3 kali pun masih happy go lucky ketawa berdekah-dekah . Siap boleh compose lagu i am fun i am pretty lagi 😂
Lolz .
Penat dah tulis .
Terima kasih kerana membaca ❤
Copy and paste 💕
Rasa best? Sokong kenyataan ni? Jum share ❤
Tidak ada komentar:
Posting Komentar