Selasa, 01 Agustus 2017

Berkayak Sejauh 80 Kilometer Nyatakan Semangat Patriotik

Berkayak Sejauh 80 Kilometer Nyatakan Semangat Patriotik

Murad melakukan kayak secara solo sebagai tanda sokongan dan kebanggaan sebagai anak Malaysia. (Gambar: Eiylla Syaharith)

Tibanya Ogos, ramai rakyat Malaysia bersemangat menantikan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang bakal dirai pada 31 Ogos ini. Di sebalik kemeriahan aktiviti perarakan pada hari tersebut yang lazimnya diadakan pada setiap tahun, seorang pesara kerajaan turut menyimpan impian mencatat rekod sempena sambutan hari istimewa ini.

Murad Mohd Kassim, 47, melakukan misi kayak secara solo menggelilingi Pulau Pinang dari Jeti Jabatan Laut, Batu Uban, Georgetown sejak pagi semalam. Misi sejauh 80 kilometer ini dilaksanakan sempena  ulangtahun Hari Kemerdekaan ke-60 negara yang dijangka mengambil masa selama tiga hari bermula semalam sehingga esok.

11 LALUAN, 3 HARI PERJALANAN

Perjalanan kayak ini melalui beberapa lokasi iaitu dari Jeti Jabatan Laut melalui Tanjung, Tanjung Tokong, Tanjung Bungah, Batu Feringghi, Teluk Bahang, Balik Pulau, Kuala Sungai Pinang, Gertak Sanggul, Teluk Kumbar, Bayan Lepas dan Batu Uban.

Menurutnya, hasrat untuk berkayak secara solo ini dibuat sebagai tanda sokongan dan kebanggaan sebagai anak tempatan mampu berkayak secara solo.

"Sebagai bekas pesara Tentera inilah perhargaan yang ingin saya berikan kepada negara dan bangga menjadi rakyat Malaysia yang tercinta. Saya menyimpan cita-cita berkayak secara solo mengelilingi Pulau Pinang dan kini impian menjadi kenyataan," katanya kepada Rojak Daily Skop!.

Murad sebelum ini menjalani latihan selama dua sehingga tiga jam sehari berkayak sekitar Kuala Kangsar sebagai persiapan sebelum memulakan misi solo menggelilingi Pulau Pinang selama tiga hari sejak semalam.

Tambahnya, dia yang juga jurulatih kayak di Universiti Sultan Azlan Shah, Perak sebelum ini menjalani latihan selama dua sehingga tiga jam sehari berkayak sekitar Kuala Kangsar sebagai persiapan.

"Apa yang penting pengalaman selama enam tahun berkayak secara solo diuji dalam misi ini sebelum menyimpan hasrat mengelilingi Pulau Langkawi tidak lama lagi.

"Saya juga merancang berkayak secara solo ke China dan Australia selain pernah mencipta nama dalam misi menggelilingi seluruh negara dari Perlis ke Pengkalan Kubur, Kelantan pada 2015," katanya.

Majlis Perlepasan Berkayak Secara Solo Mengelinggi Pulau Pinang di sempurnakan Penolong Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Utara, Norazlina Noordin.

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar