Rabu, 02 Agustus 2017

Lelaki, Jangan Lepaskan Perempuan yang Ada 7 Perkara Ini

Nak cari wanita yang sempurnya itu adalah mustahil tetapi cukuplah tujuh ciri-ciri wanita yang boleh dikatakan bertuah sesiapa yang menjadi calon suaminya. Bukan kerana ekonomi semata-mata tetapi sifat-sifat seperti ini juga dapat menggambarkan keperibadiannya yang baik.

Bagaimanapun apa yang diketengahkan oleh penulis asal, Amir Syahir, ciri-ciri ini berdasarkan keewangan.

1. Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak Apa Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.

3. Naik Kereta Secondhand Kau Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.

7. Gaji Kau Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.

Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.

Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.

Kredit: Amir Syahir

sumber:siakapke.li

Oktober diumum Bulan Kesiapsiagaan Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya Oktober tahun ini diumumkan sebagai Bulan Kesiapsiagaan Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, langkah itu diambil bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa membuat persediaan awal dalam menghadapi bencana seperti banjir yang berlaku setiap tahun.

"Kita ingin sedarkan orang ramai tentang bencana, dan dalam masa sama, kita perkenalkan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana.

"Kita akan mengecapi satu kejayaan besar apabila rakyat mampu untuk berpindah sebelum banjir berlaku," katanya pada satu sidang media di Bangunan Utama Parlimen hari ini.

Menurutnya, Bulan Kesiapsiagaan Negara itu akan dilancarkan di Sarawak pada 1 Oktober depan, selaras dengan ketetapan diputuskan mesyuarat pengurusan bencana peringkat negara hari ini.

"Pada 1 Oktober ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah genap dua tahun ditubuhkan," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan Bencana Negara dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengakui kebanyakan mangsa banjir enggan untuk berpindah kerana bimbang kemungkinan berlaku kecurian harta benda.

"Jadi, (amaran awal) itu penting kerana kadang-kadang, masalah di peringkat bawah ialah, orang takut ada kecurian di rumah yang mereka tinggalkan.

"Jadi, kita nak pastikan tempat mereka dikawal kalau mereka pindah," kata Shahidan lagi.

Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara hari ini turut membentangkan mengenai Insurans Perlindungan Bencana melalui Skim Insurans Kampungku Allianz yang dilaksanakan di Kemaman sejak 2014.

Di bawah skim itu, jumlah caruman polisi adalah sebanyak RM75 setahun dan bayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh 72 jam.

Mesyuarat turut mengambil maklum mengenai status wabak rabies seluruh negara serta mempertimbangkan cadangan untuk mengukuhkan langkah kawalan bagi mengelakkan penularannya.

sumber:siakapke.li

Dua beradik malang didera keluarga angkat jahanam

sumber:siakapke.li

Rumah dirempuh kereta, bayi maut ditimpa runtuhan dinding

sumber:siakapke.li

Tahukah Anda Barangan Kita Perlu Cuci Ikut Jadual Untuk Mengelak Kuman Dari Membiak


Barang-barang di dalam rumah juga perlu dibersihkan secara berkala untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan bakteria dan kuman membiak. Jom lihat kebanyakan barang yang perlu selalu dicuci, jarang-jarang atau sekali-sekala.

1. DOMPET
Setiap minggu
Kajian menunjukkan dompet kadang-kadang membawa bersama bakteria E-coli atau bakteria tidak baik yang lain.



2. TUALA MANDI
Setiap minggu
Pastikan tuala mandi disidai diluar dan dianginkan - tuala akan berbau selepas beberapa kali digunakan.

3. BRA
Setiap tiga kali ke empat kali pakai.
Jangan sesekali memakai bra yang sama dalam masa dua hari berturutan, kerana barang elastik perlu diberi masa untuk kembali ke bentuk asal.


4. JEANS
Setiap 4 ke 5 kali dipakai
Selagi seluar jeans tidak kotor, kamu boleh memakainya beberapa kali sebelum dicuci.

5. RAMBUT
Setiap hari
Cuci rambut setiap hari akan membuang minyak-minyak yang terhasil dari kulit kepala yang akan menyebabkan rambut cepat menjadi kekeringan.

6. BANTAL
Bersihkan setiap 3 ke 6 bulan.
Kajian menunjukkan berat bantal makin lama makin bertambah disebabkan oleh hama penyebab alergi yang berkumpul dalam bantal.


7. TILAM
Bersihkan setiap 6 bulan
Kita sedang berkongsi tilam dengan hama, habuk, dan bakteria lain yang tinggal dalam tilam.

8. KARPET
Cuci setahun sekali
Jika inginkan karpet yang tahan lama, adalah penting untuk mencuci karpet dengan menggunakan khidmat profesional sekali setahun.

9. KAIN CADAR
Cuci sekali seminggu
Untuk menghilangkan habuk, hama dan peluh, adalah penting untuk mencuci kain cadar setiap minggu.



10. MESIN BASUH ATAU PENGERING
Cuci setiap bulan.
Sisa pencuci dan mineral keras dari air mungkin sedang berkumpul dan tersembunyi di tempat yang kita tidak nampak, adalah penting untuk mencuci mesin basuh dan mesin pengering.

11. OVEN
Cuci setiap tiga ke enam bulan
Semakin lama dibiarkan, semakin susah untuk mencuci sisa minyak dan kotoran di dalam oven.

12. KOMPUTER
Cuci jika diperlukan
Mengikut kajian, komputer mengumpulkan bakteria 5 kali lebih banyak dari bakteria yang ada pada tempat duduk tandas.


13. SINKI DI DAPUR
Cuci setiap hari
Sinki mempunyai tahap bakteria dan microorganisma yang kedua terbanyak di dalam rumah kamu.

14. MANGKUK TANDAS
Setiap minggu
Ia memerlukan perhatian dan cucian setiap minggu untuk menghilangkan bakteria dan kuman dalamnya, walaupun kamu tidak suka memcucinya.


15. ALMARI DARIPADA KAYU
Cuci setiap minggu
Lapkan setiap minggu menggunakan kain yang lembut untuk menghilangkan kotoran. Kemudian kilatkan ia beberapa kali dalam setahun untuk mengelakkan bahan binaannya mengering.

16. TINGKAP
Sekurang-kurangnya dua kali setahun

Gunakan span untuk mencuci dan membersihkan di bahagian dalam dan luar tingkap.
sumber:siakapke.li

Petronas Raih Satu Lagi Blok Di Teluk Mexico

KUALA LUMPUR  – Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) PC Carigali Mexico Operations S.A de C.V.  memperoleh Blok 6 air cetek di Lembangan Salina Teluk Mexico.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, Blok 6 meliputi kawasan seluas 559 kilometer persegi dengan kedalaman air antara 30 dan 80 meter, akan dikendalikan oleh PC Carigali Mexico secara usaha sama 50:50 dengan syarikat minyak nasional Colombia, Ecopetrol.

“Saya yakin kerjasama kami dengan Ecopetrol akan menggabungkan keupayaan dan kepakaran kami bagi kerjasama yang berjaya di perairan Mexico,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Huluan Petronas, Datuk Anuar Taib.

Pada tahun lepas, Petronas memperoleh projek laut dalam Blok 4 dan Blok 5 melalui perkongsian usaha sama, susulan lelongan pertama oleh Mexico ke atas kawasan eksplorasi laut dalamnnya.

“Mexico sebahagian besarnya kurang diterokai dan mempunyai peluang yang besar, dan kami amat gembira untuk menambah Blok 6 dalam portfolio eksplorasi kami yang semakin berkembang di Mexico, dan menjadi antara peneraju di lembangan ini.

“Ini sejajar dengan strategi kami untuk meneroka minyak di wilayah yang kurang diterokai,” kata Naib Presiden Eksplorasi, Huluan Petronas Emeliana Rice-Oxley.

Dengan jumlah keluasan kasar 5,491 kilometer persegi di Lembangan Salina, Petronas berkata, ia akan terus merangka strategi pertumbuhan di Mexico, disokong oleh pejabat baharu di Mexico City yang akan memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Sultan Johor Sumbang RM4 Juta Kepada FAM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbang sejumlah RM4 juta kepada persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sumbangaan itu adalah sebahagian dari pemberian bonus kepada pasukan B-22 negara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC tahun depan di China.

"Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lepas apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata.

Sumber: Bernama/ Sinar Online

sumber:siakapke.li