Karl berkeras bahawa alasan di sebalik hilangnya kapal dan pesawat di Segitiga Bermuda, sama sekali tidak berkaitan dengan makhluk asing, kristal api dari Atlantis yang hilang, atau perkara luar biasa lainnya.
Beliau berkata, kehilangan pesawat dan kapal di wilayah sempadan yang menghubungkan tiga titik, iaitu Florida, Puerto Rico dan Pulau Bermuda itu, sebenarnya disebabkan kerana kesilapan manusia itu sendiri dan cuaca buruk.
Menurutnya, kawasan yang merangkumi 700,000 kilometer persegi di Lautan Atlantik itu, merupakan daerah dengan lalu lintas tinggi. "Letaknya berdekatan dengan Khatulistiwa, berhampiran dengan bahagian kaya di Bumi - Amerika - tentu saja lalu lintas akan tinggi," ujar Karl.
Dipetik dari Independent, Khamis (27/7/2017), beliau berkata, jika jumlah pesawat dan kapal yang hilang berbanding dengan yang berjaya 'terlepas' setiap harinya, maka angka tersebut tidak ada yang aneh.
"Menurut Lloyd 's of London dan Pengawal Pantai AS, jumlah yang hilang di Segitiga Bermuda sama dengan jumlah di mana-mana di dunia secara peratus," ujar Karl.
Beliau juga berkata ada penjelasan mudah tentang kehilangan 'Flight 19', iaitu kemalangan di mana kebanyakan orang mula mencetuskan spekulasi Segitiga Bermuda.
Flight 19 merupakan penerbangan 5 pesawat pengebom milik tentera AS yang bertolak dari Fort Lauderdale, Florida, untuk misi latihan dua jam rutin di Atlantik pada 5 Disember 1945.
Setelah kehilangan hubungan radio dengan pangkalan mereka, kelima pesawat itu lenyap. Tidak ada jejak dari lima pesawat atau 14 orang anak kapal tersebut.
Pesawat Tentera Laut AS lain dengan 13 anak kapal yang bertujuan untuk mencari Flight 19, juga menghilang.
Spekulasi Segitiga Bermuda semakin meningkat naik pada 1964 apabila seorang wartawan, Vincent Gaddis, menyifatkan laut di sebelah tenggara pantai Atlantik Amerika Syarikat dengan nama 'The Bermuda Triangle'. Gaddis memberikan judul tersebut untuk sebuah artikel mengenai hilangnya pesawat Tentera Laut AS, Flight 19.
"Kawasan yang agak ini adalah tempat lenyapnya kapal yang jauh melebihi undang-undang kebetulan. Sejarah misteri itu wujud dari cahaya misteri, yang diamati Columbus ketika pertama kali mendekati pendaratannya di Bahamas," tulis Gaddis.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar