Rabu, 02 Agustus 2017

Lelaki, Jangan Lepaskan Perempuan yang Ada 7 Perkara Ini

Nak cari wanita yang sempurnya itu adalah mustahil tetapi cukuplah tujuh ciri-ciri wanita yang boleh dikatakan bertuah sesiapa yang menjadi calon suaminya. Bukan kerana ekonomi semata-mata tetapi sifat-sifat seperti ini juga dapat menggambarkan keperibadiannya yang baik.

Bagaimanapun apa yang diketengahkan oleh penulis asal, Amir Syahir, ciri-ciri ini berdasarkan keewangan.

1. Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.

2. Tak Apa Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC.

3. Naik Kereta Secondhand Kau Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat wedding of the year bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.

6. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin.

7. Gaji Kau Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab.

Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.

Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.

Kredit: Amir Syahir

sumber:siakapke.li

Oktober diumum Bulan Kesiapsiagaan Negara

KUALA LUMPUR: Kerajaan telah bersetuju supaya Oktober tahun ini diumumkan sebagai Bulan Kesiapsiagaan Negara, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Katanya, langkah itu diambil bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai agar sentiasa membuat persediaan awal dalam menghadapi bencana seperti banjir yang berlaku setiap tahun.

"Kita ingin sedarkan orang ramai tentang bencana, dan dalam masa sama, kita perkenalkan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana.

"Kita akan mengecapi satu kejayaan besar apabila rakyat mampu untuk berpindah sebelum banjir berlaku," katanya pada satu sidang media di Bangunan Utama Parlimen hari ini.

Menurutnya, Bulan Kesiapsiagaan Negara itu akan dilancarkan di Sarawak pada 1 Oktober depan, selaras dengan ketetapan diputuskan mesyuarat pengurusan bencana peringkat negara hari ini.

"Pada 1 Oktober ini, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah genap dua tahun ditubuhkan," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Pengurusan Bencana Negara dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau mengakui kebanyakan mangsa banjir enggan untuk berpindah kerana bimbang kemungkinan berlaku kecurian harta benda.

"Jadi, (amaran awal) itu penting kerana kadang-kadang, masalah di peringkat bawah ialah, orang takut ada kecurian di rumah yang mereka tinggalkan.

"Jadi, kita nak pastikan tempat mereka dikawal kalau mereka pindah," kata Shahidan lagi.

Selain itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara hari ini turut membentangkan mengenai Insurans Perlindungan Bencana melalui Skim Insurans Kampungku Allianz yang dilaksanakan di Kemaman sejak 2014.

Di bawah skim itu, jumlah caruman polisi adalah sebanyak RM75 setahun dan bayaran pampasan akan dibuat dalam tempoh 72 jam.

Mesyuarat turut mengambil maklum mengenai status wabak rabies seluruh negara serta mempertimbangkan cadangan untuk mengukuhkan langkah kawalan bagi mengelakkan penularannya.

sumber:siakapke.li

Dua beradik malang didera keluarga angkat jahanam

sumber:siakapke.li

Rumah dirempuh kereta, bayi maut ditimpa runtuhan dinding

sumber:siakapke.li

Tahukah Anda Barangan Kita Perlu Cuci Ikut Jadual Untuk Mengelak Kuman Dari Membiak


Barang-barang di dalam rumah juga perlu dibersihkan secara berkala untuk menjaga kebersihan dan mengelakkan bakteria dan kuman membiak. Jom lihat kebanyakan barang yang perlu selalu dicuci, jarang-jarang atau sekali-sekala.

1. DOMPET
Setiap minggu
Kajian menunjukkan dompet kadang-kadang membawa bersama bakteria E-coli atau bakteria tidak baik yang lain.



2. TUALA MANDI
Setiap minggu
Pastikan tuala mandi disidai diluar dan dianginkan - tuala akan berbau selepas beberapa kali digunakan.

3. BRA
Setiap tiga kali ke empat kali pakai.
Jangan sesekali memakai bra yang sama dalam masa dua hari berturutan, kerana barang elastik perlu diberi masa untuk kembali ke bentuk asal.


4. JEANS
Setiap 4 ke 5 kali dipakai
Selagi seluar jeans tidak kotor, kamu boleh memakainya beberapa kali sebelum dicuci.

5. RAMBUT
Setiap hari
Cuci rambut setiap hari akan membuang minyak-minyak yang terhasil dari kulit kepala yang akan menyebabkan rambut cepat menjadi kekeringan.

6. BANTAL
Bersihkan setiap 3 ke 6 bulan.
Kajian menunjukkan berat bantal makin lama makin bertambah disebabkan oleh hama penyebab alergi yang berkumpul dalam bantal.


7. TILAM
Bersihkan setiap 6 bulan
Kita sedang berkongsi tilam dengan hama, habuk, dan bakteria lain yang tinggal dalam tilam.

8. KARPET
Cuci setahun sekali
Jika inginkan karpet yang tahan lama, adalah penting untuk mencuci karpet dengan menggunakan khidmat profesional sekali setahun.

9. KAIN CADAR
Cuci sekali seminggu
Untuk menghilangkan habuk, hama dan peluh, adalah penting untuk mencuci kain cadar setiap minggu.



10. MESIN BASUH ATAU PENGERING
Cuci setiap bulan.
Sisa pencuci dan mineral keras dari air mungkin sedang berkumpul dan tersembunyi di tempat yang kita tidak nampak, adalah penting untuk mencuci mesin basuh dan mesin pengering.

11. OVEN
Cuci setiap tiga ke enam bulan
Semakin lama dibiarkan, semakin susah untuk mencuci sisa minyak dan kotoran di dalam oven.

12. KOMPUTER
Cuci jika diperlukan
Mengikut kajian, komputer mengumpulkan bakteria 5 kali lebih banyak dari bakteria yang ada pada tempat duduk tandas.


13. SINKI DI DAPUR
Cuci setiap hari
Sinki mempunyai tahap bakteria dan microorganisma yang kedua terbanyak di dalam rumah kamu.

14. MANGKUK TANDAS
Setiap minggu
Ia memerlukan perhatian dan cucian setiap minggu untuk menghilangkan bakteria dan kuman dalamnya, walaupun kamu tidak suka memcucinya.


15. ALMARI DARIPADA KAYU
Cuci setiap minggu
Lapkan setiap minggu menggunakan kain yang lembut untuk menghilangkan kotoran. Kemudian kilatkan ia beberapa kali dalam setahun untuk mengelakkan bahan binaannya mengering.

16. TINGKAP
Sekurang-kurangnya dua kali setahun

Gunakan span untuk mencuci dan membersihkan di bahagian dalam dan luar tingkap.
sumber:siakapke.li

Petronas Raih Satu Lagi Blok Di Teluk Mexico

KUALA LUMPUR  – Anak syarikat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) PC Carigali Mexico Operations S.A de C.V.  memperoleh Blok 6 air cetek di Lembangan Salina Teluk Mexico.

Dalam kenyataan hari ini, Petronas berkata, Blok 6 meliputi kawasan seluas 559 kilometer persegi dengan kedalaman air antara 30 dan 80 meter, akan dikendalikan oleh PC Carigali Mexico secara usaha sama 50:50 dengan syarikat minyak nasional Colombia, Ecopetrol.

“Saya yakin kerjasama kami dengan Ecopetrol akan menggabungkan keupayaan dan kepakaran kami bagi kerjasama yang berjaya di perairan Mexico,” kata Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif, Huluan Petronas, Datuk Anuar Taib.

Pada tahun lepas, Petronas memperoleh projek laut dalam Blok 4 dan Blok 5 melalui perkongsian usaha sama, susulan lelongan pertama oleh Mexico ke atas kawasan eksplorasi laut dalamnnya.

“Mexico sebahagian besarnya kurang diterokai dan mempunyai peluang yang besar, dan kami amat gembira untuk menambah Blok 6 dalam portfolio eksplorasi kami yang semakin berkembang di Mexico, dan menjadi antara peneraju di lembangan ini.

“Ini sejajar dengan strategi kami untuk meneroka minyak di wilayah yang kurang diterokai,” kata Naib Presiden Eksplorasi, Huluan Petronas Emeliana Rice-Oxley.

Dengan jumlah keluasan kasar 5,491 kilometer persegi di Lembangan Salina, Petronas berkata, ia akan terus merangka strategi pertumbuhan di Mexico, disokong oleh pejabat baharu di Mexico City yang akan memulakan operasi pada suku ketiga tahun ini. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Sultan Johor Sumbang RM4 Juta Kepada FAM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menyumbang sejumlah RM4 juta kepada persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata sumbangaan itu adalah sebahagian dari pemberian bonus kepada pasukan B-22 negara yang berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir Kejuaraan B-23 AFC tahun depan di China.

"Kurniaan ini juga dapat membantu FAM dalam pembangunan sukan bola sepak tanah air secara keseluruhannya," katanya sebagaimana lapor Bernama.

Skuad B-22 negara bimbingan Datuk Ong Kim Swee beraksi cemerlang di pusingan kelayakan yang berlangsung di Bangkok, Thailand Julai lepas apabila muncul juara Kumpulan H dengan mengutip enam mata.

Sumber: Bernama/ Sinar Online

sumber:siakapke.li

20 Gambar Makanan Yang “Fail”, Mengecewakan Dan Mungkin Lucu

Mendapatkan makanan yang sedap dan menarik dari segi rupa serta rasa selalunya menjadi sesuatu yang dicari untuk mendapatkan kepuasan menikmati makanan tersebut. Tetapi apabila sesuatu makanan itu tidak menepati citarasa kita adalah lebih teruk daripada perut kosong.

Kita bukan bercerita berkenaan bungkusan makanan ringan yang hanya dipenuhi angin atau segelas kopi ais yang hanya dipenuhi ais dan sedikit kopi. Tapi di sini adalah senarai orang yang mengalami pengalaman yang agak buruk dengan makanan mereka. Sesiapa yang menyediakan makanan seperti ini patut dipenjara.

Kalau kamu fikir kami di 101viral agak dramatik untuk mengatakan demikian, anda boleh melihat sendiri dengan pilihan makanan yang ada di bawah

#1 Ini patut diberi rekod untuk lobak merah yang paling mengecewakan.

#2 Menjumpai sebiji kentang di dalam bungkusan Chips

#3 Sebongkah keju di dalam Cheetos

#4 Aiskrim kon yang tiada Kon. Pelikk!

#5 Telur yang tiada kuning telur.

#6 Ya.. serupa!

#7 Blueberry waffle. Secoet tu je blueberry?

#8 Apabila membuka tin Black Bean. Hanya ada air

#9 Hanya ada satu brokoli di dalam bungkusan Brokoli dan Kobis Bunga

#10 Tembikai ini agak mengecewakan

#11 Hasil tuaian lemon yang akan menarik

#12 Katanya, Strawberry sebesar Lemon dijual disini.

#13 Cuba untuk memilih Avocado yang paling besar untuk dapatkan isi yang lebih. Gagal Nampaknya!

#14 Aiskrim Spongebob

#15 Hmm..

#16 Roti yang dipotong tidak mengikut arah yang normal

#17 Roti yang dipenuhi angin. Rasanya dah trending kat Malaysia macam ni versi karipap angin.

#18 Cheeseburger dari penjual yang nak tutup business cepat

#19 Mesin layan diri yang “Fail”

#20 Coklat Krenberry

Sumber: BoredPanda

sumber:siakapke.li

Muhammad Hakimi Kini Lebih Yakin Pertahan Emas Sukan SEA

KUALA LUMPUR – Pemilik rekod Sukan SEA bagi acara lompat kijang, Muhammad Hakimi Ismail kini tampak lebih yakin untuk mempertahankan emas temasya sukan dwitahunan itu yang akan berlangsung dari 19 hingga 30 Ogos ini.

Beliau yang bergelut dengan masalah kecederaan selepas mencatatkan rekod Sukan SEA dengan lompatan sejauh 16.76 meter (m) di Singapura dua tahun lalu, yakin mampu mencapai kemuncak prestasinya dalam masa tiga minggu lagi.

“Memang saya mengalami banyak kecederaan selepas Sukan SEA Singapura, tetapi dari situ saya belajar banyak perkara seperti cara mengelak kecederaan dan pemulihan. Buat masa ini prestasi saya kembali ke tahap lama dan kefahaman antara badan dan otot lebih baik.

“Jadi saya yakin mampu mempertahankan pingat emas. Persaingan memang agak sengit kali ini, tetapi ia membuat saya mencabar diri saya meningkatkan prestasi,” katanya pada sidang media program “Kita Juara” bersama skuad olahraga di Majlis Sukan Negara di sini, hari ini.

Muhammad Hakimi menjadi wira negara apabila menamatkan penantian 18 tahun untuk merangkul pingat emas dengan mencatatkan rekod kejohanan di Stadium Nasional Singapura. Kali terakhir Malaysia meraih emas bagi acara tersebut ialah pada Sukan SEA 1997 di Indonesia menerusi Mohd Zaki Sadri dengan catatan 16.05m.

Namun, berdasarkan prestasi semasa, atlet berusia 26 tahun itu kini berada di kedudukan kedua di rantau Asia Tenggara di belakang peserta Filipina, Mark Harry Diones, selain tidak mengetahui kemampuan sebenar lawan dari Thailand.

Catatan terbaik beliau tahun ini ialah 16.45m di Almaty, Kazakhstan Jun lepas dan 16.33m di Terbuka Malaysia dua minggu lalu sementara Mark memecahkan rekod kebangsaan negara itu dengan lompatan sejauh 16.70m pada awal April.

Sementara itu, ketua jurulatih olahraga kebangsaan, Zainal Abas berkata dua atlet muda, Noor Shahidatun Nadia Mohammad Zuki, 21, dan R. Kirthana, 20, akan mewakili negara dalam acara lompat jauh dan lompat kijang wanita.

“Bagi acara lompat jauh lelaki, Luqman Hakim Ramlan dan jaguh Paralimpik Rio, Abdul Latif Romly akan membawa cabaran negara dan Muhammad Hakimi pula diletakkan senarai simpanan sekiranya berlaku kecederaan kepada mereka.

“Di edisi Singapura, olahraga menerima kritikan hebat selepas hanya mampu membawa pulang tiga emas, tetapi kali ini kami yakin mampu menggandakannya kepada enam atau tujuh pingat emas,” katanya.

Dalam pada itu, Zainal berkata skuad olahraga negara kini tidak dapat menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil kerana venue tersebut digunakan untuk persiapan majlis pembukaan rasmi Sukan SEA yang dijadualkan pada 19 Ogos ini. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Pandikar Amin Kesal Diheret Ke Mahkamah

KUALA LUMPUR – Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini melahirkan rasa kesalnya terhadap tindakan seorang anggota Dewan Rakyat yang mengheretnya ke mahkamah kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuatnya  di dalam Dewan.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Anggota Parlimen supaya tidak lagi membangkitkan mengenai peraturan mesyuarat sehingga menyebabkan beliau membuat keputusan tertentu.

“Saya harap tidak ada mana-mana Yang Berhormat membangkitkan peraturan mesyuarat, sebab jika Yang Berhormat berbuat begitu, saya terpaksa membuat keputusan.

“Sekarang ini Speaker (Yang Dipertua Dewan Rakyat) tidak boleh lagi buat keputusan (dalam dewan)… sebab jika buat, akan diheret ke mahkamah,” katanya semasa mempengerusikan perbahasan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Kenyataan Pandikar merujuk kepada tindakan Anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian yang memfailkan saman terhadap beliau dan Setiausaha Dewan Rakyat Datuk Roosme Hamzah pagi tadi kerana tidak berpuas hati setelah dua soalannya berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditolak.

Hee berkata Pandikar sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat perlu menjelaskan mengapa soalannya ditolak sedangkan isu yang dibangkitkannya penting untuk rakyat. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Dua Warga Malaysia Nahas Di SLE Masih Dirawat

SINGAPURA – Dua rakyat Malaysia yang tercampak dari motosikal selepas melanggar bahagian belakang sebuah kereta yang berhenti di Seletar Expressway (SLE) seminggu lalu masih menjalani rawatan di Hospital Khoo Teck Puat di sini.

“Kami hargai keprihatinan anda terhadap Encik Danny Raj Muniappan dan Encik Trivikram R L. Mereka kini mendapat rawatan di hospital itu kerana cedera,” kata jurucakap Certis CISCO dalam jawapan e-mel kepada Bernama hari ini.

Penunggang, Danny, 24, dan pemboncengnya, Trivikram, 21, bekerja di Certis CISCO, sebuah syarikat perkhidmatan keselamatan di sini.

Pada 24 Julai, mereka dilaporkan sedang menuju ke Johor Bahru selepas habis bekerja bila kemalangan berlaku kira-kira 10.30 pagi.

Video kemalangan itu yang tular menunjukkan Trivikram tercampak ke udara sebelum  jatuh  beberapa meter dari kereta berkenaan.

Beberapa saat sebelum itu, Danny melanggar bahagian but kereta itu yang terbuka yang berhenti di lorong paling kanan lebuh raya itu dengan lampu kecemasan sedia terpasang.

Bapanya Muniappan Govindaraju dilaporkan berkata bahawa anaknya mengalami pundi pecah, tulang pelvis retak dan patah kaki.

Lengan kiri dan kaki kirinya juga patah sementara Trivikram mengalami retak tulang pelvis dan patah kaki.

Certis  CISCO enggan menyatakan sama ada kedua-dua pekerja mereka masih berada di unit jagaan  rapi (ICU).

Jurucakapnya bagaimanapun berkata, “Percayalah Certis CISCO memberikan bantuan kepada  kakitangan kami dan keluarga mereka”. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Viral Di Media Sosial Kerana Wajah Putih Berseri, Gadis Ini Kongsi Rahsia Cantik Cara Opah & Ibunya

Laman sosial sebenarnya menjadi medium paling pantas dalam menyebarkan ilmu yang cukup berfaedah sekarang ini. Segala maklumat boleh didapati hanya di hujung jari sahaja.

Walaupun ada antara pengguna yang menyalah guna, namun segala maklumat yang bermanfaat tidak salah untuk dikongsi bersama.

Seperti perkongsian oleh pengguna laman sosial, seorang gadis menggunakan nama Amyra Nabila Hasnol Gadis ini bukan sahaja cantik tetapi juga jelita dengan senyuman manis di bibir.

Setelah diselidiki, rupanya tersimpan satu rahsia yang membuatkan wajahnya begitu berseri-seri umpama bidadari..

Melalui perkongsiannya, gadis ini mengamalkan minum sejenis campuran air yang dibuat sendiri menggunakan bahan alami yang selamat dan halal.

Dia mengamalkan minum selepas datang bulan dan khasiatnya dikatakan boleh membersihkan rahim selepas haid juga mengeluarkan angin dalam badan.

Bukan itu sahaja campuran air ini juga boleh memecah lemak di perut, mengurangkan masalah bau badan dan paling penting menaikkan seri muka umpama bidadari syurga.

Dia juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia kecantikannya dengan pengamal media sosial yang diamalkan oleh opah dan ibunya.

Amyra turut berpesan kalau nak cantik, sihat luar dan dalam, barulah dikatakan cantik asli. Memang jika dilihat wajahnya tak puas mata memandang walaupun gambarnya hanya ditatap di alam maya.
Step 1

Bahan-bahan:

– Halia (Besar ibu jari)

– Kunyit (Besar ibu jari)

– Serai (4-5batang)

– Daun pandan (3 helai)

– Madu/ Gula batu (Ikut suka)

– Air 3 cawan

Tambahan (Jika perlu)

– Sireh (2 helai)*utk masalah keputihan

– Manjakani (1 biji)*utk merapatkan miss V

Step 2

-Serai tumbuk kasi pecah sikit..

-Kunyit dgn halia tu hiris jgn terlalu nipis.. sederhana je cukup.

-Campurkan je semua bahan2 tadi tu..

Step 3

Step 4

Taa-daaa.!! Siap!! Chuolss boleh Minum suam-suam. Nak tunggu sejuk pun boleh tapi kalau Myra la, Myra minum suam2 tu terasa lega je bila masuk dalam badan kita tau..

Opah & Umi Myra yg ajar utk buat air ni.. Selamat mencuba semuanya. Kita kena cantik, sihat luar dan dalam

Sumber: Hijabista

sumber:siakapke.li

DJ Era tampil mengaku gambar lelaki yang viral cuci tandas majis adalah dirinya

PENYAMPAI radio Era FM Sarawak iaitu Sofian Bujang tampil membuat pendedahan dia adalah pemuda misteri dalam foto yang menjadi tular gara-gara mencuci tandas masjid.

Baca:

Tersebar gambar Norman KRU cuci tandas masjid di subang jaya?

Bagaimanapun, Sofian berkata, cerita yang dimuat naik di laman Facebook Ally Ramly itu bukan cerita benar, sebaliknya hanya sekadar rekaan dengan menggunakan foto miliknya.

“Saya terkejut apabila sahabat-sahabat saya memberitahu gambar saya viral di media sosial dan cerita yang ditulis itu adalah rekaan semata-mata. Saya tidak tahu apa niat sebenar mereka. Mungkin untuk mengejar trafik blog sahaja.

“Walaupun cerita itu berniat baik iaitu menggalakkan orang ramai membuat kebajikan tapi janganlah curi gambar saya dan kereta Ferrari kepunyaan Norman (KRU). Jika mahu ambil sekalipun letak kapsyen sebagai gambar hiasan,” ujarnya kepada mStar Online.


Kisah yang dimuat naik oleh seorang individu tidak bertanggungjawab.

Sofian atau lebih dikenali dengan nama Chopie itu berkata, perkara tersebut boleh menimbulkan salah faham.

Heboh minggu lalu kisah pemuda misteri pemilik Ferrari merah yang sering membuat kerja amal mencuci tandas masjid selepas solat sunat Duha menjadi tular dan mendapat perhatian.

Bagaimanapun, kisah itu ternyata hanyalah rekaan apabila kereta mewah itu dikenal pasti milik selebriti Datuk Norman Abdul Halim.

Dalam pada itu, menjelaskan tentang foto berkenaan, Sofian berkata, aktiviti amal tersebut dilakukan ketika dia menyertai program iaitu Kembara Sahabat Borneo baru-baru ini.

Katanya, program yang dianjurkan oleh rakan-rakannya itu bertujuan menggalakkan orang ramai untuk mencuci tandas secara sukarela di surau dan masjid-masjid pada setiap hari Jumaat.

“Kawan saya ada anjurkan aktiviti amal membersihkan tandas masjid, jadi ketika itu saya ikut serta membersihkan masjid di kawasan rumah saya.

“Tidak sangka pula foto saya itu dimuat naik dan disalah guna oleh orang lain,” ujarnya.

Sofian mengendalikan program Ohaaera Era FM Sarawak (101.3 FM) pada pukul 8 hingga 12 malam setiap Isnin hingga Jumaat.

Sumber: Mstar

Loading...
sumber:siakapke.li

KDN Lancar Talian Khas Anti Pemerdagangan Orang

PUTRAJAYA – Kementerian Dalam Negeri (KDN) melancarkan talian khas Antipemerdagangan Orang bagi Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) di bawah 1Malaysia One Call Centre (1MOCC) pada 30 Julai, kata Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim.

Beliau yang juga Pengerusi MAPO berkata  pelancaran talian khas 03-8000 8000 itu adalah melalui pendekatan  National Blue Ocean Strategy (NBOS) dan selaras dengan aspirasi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

“Talian khas ini beroperasi dari 7.30 pagi hingga 9 malam setiap hari. Seramai enam orang pegawai    akan mengendalikan talian khas ini yang akan menyalurkan aduan/laporan kepada agensi penguatkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Alwi berkata orang ramai juga boleh membuat aduan/laporan di luar waktu operasi di mana pegawai bertugas akan mengambil tindakan  berdasarkan rakaman laporan yang diterima pada keesokan harinya.

“KDN menyeru orang awam membuat laporan serta-merta sekiranya mempunyai maklumat atau mengetahui sebarang aktiviti yang melibatkan jenayah pemerdagangan orang atau penyeludupan migran,” katanya. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Bayi meninggal tersembam ke bantal dalam buaian

GEORGE TOWN: Seorang bayi lelaki berusia empat bulan meninggal dunia dipercayai akibat kesukaran bernafas apabila mukanya tersembam ke bantal ketika tidur di rumah keluarganya di Teluk Kumbar, Bayan Lepas, hari ini.

Kejadian disedari ibunya, Melati Mohammad @ Ahmad, 32, yang baru pulang dari kerja di kilang kira kira jam 7.30 pagi Rabu.

Menurut Melati, anak bongsunya itu, Faris Rayyan Qhumainy, berada di rumah bersama suaminya, Faizul Firdaus.

Dia yang baru pulang dari kerja terkejut apabila melihat Faris tertiarap dengan mukanya tersembam ke bantal di dalam buaian dan sudah tidak sedarkan diri serta pucat.

Dia dan suami kemudiannya membawa bayi itu ke Hospital Balik Pulau.

Bagaimanapun, doktor mengesahkan Faris Rayyan Qhumainy sudah meninggal dunia.

Melati yang ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang berkata, anaknya berkemungkinan meniarap di dalam buaian dan tersembam, menyebabkannya sukar bernafas.

Katanya, bayi itu baru pandai meniarap beberapa hari lalu.

Menurutnya, jenazah anak bongsunya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Sungai Batu, Teluk Kumbar selepas urusan bedah siasat selesai.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supt A Anbalagan mengesahkan kejadian terbabit.

sumber:siakapke.li

Tambah Baik Skim Perkhidmatan Gred 19 – Cuepacs

KUANTAN – Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menggesa kerajaan menambahbaik skim perkhidmatan gred 19, melibatkan lebih 100,000 pembantu tadbir dalam sektor kerajaan termasuk badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Timbalan Presiden I Ceupacs Mohd Shaman Jaes berkata walaupun kakitangan gred 19 baharu menikmati kenaikan gred daripada gred 17 pada tahun lalu, namun kenaikan itu tidak banyak membantu terutamanya untuk mereka yang menetap di bandar besar.

“Penambahbaikan juga perlu dilakukan mengambil kira beban kerja mereka yang saban tahun makin bertambah. Peranan yang dimainkan pembantu tadbir dalam apa juga sektor adalah penting.

“Semakan ini boleh dilakukan kerana terdapat gred 20 dan 26 yang boleh dipertimbangkan. Jika mereka mempunyai diploma, berilah mengikut taraf diploma dan jika tiada, boleh membuat perkiraan menerusi pengalaman kerja,” katanya.

Mohd Shaman berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Perwakilan Dwi-Tahunan Ke-13 Kesatuan Kebangsaan Pembantu Tadbir Kesihatan Semenanjung Malaysia (KEPTAKES) di sini, hari ini.

Mohd Shaman berkata berdasarkan skim sekarang, kakitangan gred 19 memperoleh gaji termasuk elaun antara RM1,700 ke RM1,900, yang masih dianggap sukar untuk membantu mereka yang bekerja di bandar utama negara.

“Selain kos sara hidup yang semakin meningkat, wang itu juga perlu dibelanjakan untuk membayar hutang rumah, kenderaan, pendidikan jika ada dan juga hutang peribadi yang sudah pasti tidak mencukupi terutama kepada mereka yang berkeluarga,” katanya.

Mohd Shaman menambah isu penambahbaikan gred 19 pernah disuarakan sebelum ini, dan berharap ia dapat dilaksanakan pada tahun ini bersama-sama dengan cadangan mewujudkan gred 28, yang telah lebih setahun dirancang.

Selain itu, Mohd Shaman juga memohon kerajaan mempertimbangkan cadangan supaya saguhati persaraan dibenarkan untuk dipindahkan ke Tabung Haji pada usia 40 tahun bagi membantu kakitangan kerajaan menunaikan haji.

“Bagaimanapun, wang itu hendaklah disyaratkan hanya boleh dikeluarkan bagi tujuan haji kerana kita tidak mahu ada yang menggunakan wang itu untuk tujuan lain,” katanya.

Mohd Shaman menambah cadangan itu juga membolehkan kakitangan kerajaan menggunakan faedah cuti bergaji selama 40 hari bagi menunaikan haji yang diperuntukkan kepada mereka, selain berpeluang beribadat dalam usia muda. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Wanita Dipukul Dan Diugut Bunuh Oleh Suami

Kuala Lumpur : Malang bagi seorang wanita apabila terpaksa menerima dua jahitan akibat daripada di pukul oleh suaminya sendiri di kediaman mereka.

 Malang bagi seorang wanita apabila terpaksa menerima dua jahitan akibat daripada di pukul oleh suaminya
Wanita tertusuk batang kayu penyapu
Kuala Lumpur : Malang bagi seorang wanita apabila terpaksa menerima dua jahitan akibat daripada di pukul oleh suaminya sendiri di kediaman mereka.

Mangsa yang juga merupakan seorang suri rumah terbabit telah di pukul dengan menggunakan batang kayu penyapu di pipi kirinya sehingga menyebabkan batang kayu terbabit terpatah dan serpihannya tertusuk di bahagian kiri pipinya.

Kejadian tersebut di katakan berlaku di kediaman mereka sendiri di Apartment Centerpoint, Batu Caves lebih kurang pada pukul 9.30 pagi hari Sabtu ketika berlaku pertengkaran antara mereka.

Menurut mangsa yang berusia 28 tahun, pertengkaran antara mereka berpunca apbila mangsa bertanyakan kepada suaminya yang berusia 31 tahun mengapa dia menghilangkan diri serta tidak pulang ke rumah semalaman.

Walau bagaimanapun pertanyaan mangsa tidak berjawab malah suaminya itu secara tiba-tiba naik angin lalu mengambil batang penyapu memukul mangsa serta anak mereka.

Mangsa juga mendakwa bahawa suaminya itu telah mengambil kad pengenalannya serta merampas telefon bimbitnya sebelum menghalau dia keluar rumah dan mengugut akan membunuh mangsa jika dia kembali lagi ke rumah mereka.

Mangsa yang ketakutan terus membawa anaknya keluar dari rumah terbabit serta terus turun ke bawah apartment berkenaan tetapi telah di kejar oleh suaminya itu.

Mangsa yang cedera di pipi akibat tertusuk serpihan batang kayu telah di bawa dengan menaiki ambulans ke Hospital Selayang bagi mendapatkan rawatan dan telah menerima dua jahitan akibat kecederaanya itu.

Pihak polis telah mengesahkan sendiri bahawa mereka ada menerima laporan polis yang di buat oleh mangsa berhubung kes terbabit.




loading...
sumber:siakapke.li