Senin, 31 Juli 2017

PM umum lima insentif baru buat warga veteran ATM

SERI KEMBANGAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan lima intensif baharu buat anggota veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha menjaga kebajikan golongan terlibat.

Menurut beliau, insentif yang pertama merupakan bantuan Bakti Negara (BBN), iaitu bantuan RM 1,200 kepada Veteran ATM yang tidak berpencen.

"Kedua, Skim  Anuiti Veteran ATM, iaitu pendapatan bulanan kepada anggota ATM yang sedang berkhidmat dan bakal bergelar veteran bagi memastikan golongan berkenaan mempunyai simpanan.

"Ketiga, Pencen Hilang Upaya kepada yang tidak mendapan Pencen Perkhidmatan, iaitu kenaikan sebanyak 300 peratus hingga 800 peratus membabitkan nilai minimum RM500 hingga maksimum RM2,000.

Tambahnya, insentif yang keempat, merupakan insentif Veteran Kelaianan Upaya Tabung Pahlawan Persatuan ATM dengan penambahan RM500 menjadikan jumlah penerimaan RM1,000 .

Manakala yang kelima ialah penambahan kuota haji Veteran ATM dari 100 jemaah tahun sebelumnya kepada 400 jemaah tahun ini.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap melancarkan Tabung Pahlawan 2017 disini hari ini.

Pada masa sama, beliau turut megumumkan peruntukan RM5 juta kepada Tabung Pahlawan tahun ini.

Tahun lalu, Tabung Pahlawan memperoleh RM4.65 juta kutipan.

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar