Senin, 31 Juli 2017

Lelaki Ini Berkongsi Tips Bagaimana Nak Cari Makanan Halal Waktu Bercuti Luar Negara


Salah satu cara nak cari makanan halal di luar negara terutama negara bukan majoriti Muslim adalah mencari masjid dahulu. Dimana ada masjid, disitulah ada makanan halal. Tak akan mati tak makan kalau kemana-mana negara didunia ini. Semua negara ada Muslim dan masjid. Cuma banyak-banyak negara yang saya pernah kunjungi, masjid di Macau saja yang berkunci selain waktu solat. Di UK lebih mudah. Nak cari masjid, first cari petrol station. Kebanyakan petrol station di UK diusahakan oleh Muslim Pakistan, India atau Bangladesh dan jika ada Muslim disitu maka adalah masjid mereka dan bersepah makanan halal bermasak atau mentah. Di Taipei sahaja ada 2 masjid yang saya jumpa. Di Jepun, hampir tiap negerinya ada masjid dan luar masjid ada restoran halal samada Indonesia, Turki, Arab atau India.

Kami juga bawa makanan sendiri terutama serunding. Nasi kami beli dikedai tapi tak lah bawa mangkuk tingkat dengan kuah bagai. Dah nama travel, makan ala kadar adalah sebahagian dari travel. Sesekali nak tukar selera kami masuk restoran yang kami yakin halal. Kalau dah terdesak sangat sebab dah terlalu jemu makan serunding atau rendang atau bekalan dah habis atau desakan anak, kami masuk sahaja mana-mana restoran asalkan tak makan makanan yang diharamkan. Nasi putih, sayur, ikan, seafood boleh dimakan. Allah maha mengerti.

Kami sekeluarga pernah berada di kawasan pergunungan bersalji di Jepun dan Korea. Mana nak cari makanan halal di gunung tu. Tapi saya memang awal-awal dah set aside makanan untuk kawasan begitu iaitu meggi cup, roti dan serunding. Dibawah runtuhan salji yang sejuk membeku tak ada makanan lebih enak dari meggi apalagi dihirup sup meggi yang panas dan pedas berapi. Pilihan saya biasanya adalah mee segera Chef perasa kari siap dengan tahu kering dan daun sup, saya campurkan telur (beli la kat kedai, takkan bawa telur dari Malaysia) dan berulam cili padi dimakan begitu saja. Minum pula kopi panas ihsan hotel kami...Perghhh...

Percutian kami biasanya kami atur sendiri dan saya sendiri buat itinerary dengan hotel dan flight kami cari sendiri berjemaah dengan family. Semuanya dengan bajet yang ketat tapi selesa. Kami bukan family jutawan, maka kami tak mampu nak makan dikaki lima. Saya tak guna mana-2 travel agent tapi study lokasi, transport, makanan dll. Paling utama, semampu yang boleh akan cari hotel yang dekat dengan masjid. Mudah solat dan makan halal. Di Helsinki memang susah cari masjid tapi ada restoran Malaysia. Munich, Paris, Amsterdam, Brussels, semua state Australia, Tashkent, bersepah makanan halal tapi mahal. Sesekali boleh la, hari-hari selama disana memang la bengkok. Worst case, pergi la ke kedutaan Malaysia. Di London kalau kata tak jumpa makanan halal tu memang saja la nak makan babi. Kalau makanan jadi masalah utama anda utk travel, duduk je dirumah layan Astro atau FB.

sumber: Zack Rahim

sumber:siakapke.li

Tidak ada komentar:

Posting Komentar