Senin, 31 Juli 2017

Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017

KUALA LUMPUR – Sasaran kerajaan untuk membina satu juta unit rumah mampu milik (RMM) dijangka dapat dilepasi menjelang penghujung tahun ini, menurut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) di Dewan Rakyat hari ini berkata sehingga April lalu, jumlah unit RMM yang disasarkan untuk pembinaan adalah 875,490 buah, dan daripada jumlah itu, 237,738 unit telah siap dibina sepenuhnya.

Harga jualan setiap unit RMM ditetapkan pada harga siling maksimum RM300,000.

Menurutnya, Kedah mencatat jumlah RMM yang paling banyak telah disiapkan iaitu 42,131 unit diikuti Selangor (34,344 unit), Johor (25,410 unit), Perak (20,952 unit), Melaka (17,750 unit), Sabah (17,665 unit), Terengganu (15,906 unit), Pahang (14,650 unit).

Pulau Pinang (13,278 unit), Kelantan (12,893 unit), Kuala Lumpur (5,810 unit), Sarawak (5,220 unit), Putrajaya (1,123 unit) dan Wilayah Persekutuan Labuan (172 unit).

Wong minta penjelasan bilangan unit RMM yang dibina selepas Pilihan raya Umum ke-13 dalam pecahan negeri, lokasi dan bilangan.

Mengenai Skim Sewa Untuk Beli, menurut kementerian itu, walaupun skim berkenaan buat masa ini adalah khusus bagi rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), ia menpunyai potensi untuk diperluaskan bagi pembelian unit rumah yang dibangunkan agensi-agensi dan kerajaan negeri yang lain pada masa akan datang. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Ini Cara IRMA HASMIE Didik Anak Dengan Ilmu Dunia & Akhirat — Inspirasi Buat Ibu Bapa..

Pelakon Irma Hasmie mengakui keutamaannya hanya kepada keluarga berbanding perkara lain. Meskipun kerjaya sebagai pelakon dan pengacara masih berjalan seperti biasa, namun setiap tawaran yang diterima akan dipertimbangkan terlebih dahulu.

“My little caliph #redzasyahirfhan Insya-Allah.. Amin” 
Foto ini dimuatnaik Irma kira-kira 14 minggu lalu diiringi foto berikut. Ternyata Irma amat menititikberatkan ilmu agama kepada anaknya dari kecil. 
"لاَ هَوْلَ وَلاَ قُوَّتَ اِلاَّبِاللّهِ
La haula wa la quwwata illa billah
(Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata)"

Kapsyen hadis yang dimuatnaik Irma adalah panduannya sebelum melakukan sesuatu kerja. Malah Irma banyak memotivasikan dirinya dengan mengamalkan hadis-hadis Rasullulah S.A.W sebagai panduan dalam kehidupannya. Dan pastinya amalan ini boleh dicontohi bersama. 
“Salam Jumaat…Irfhan dah balik from school. Later irfhan nak bawa mummy go holidays😍" #littlecaliphs#redzasyahirfhan
Kapsyen ini dimuatnaik Irma 12 minggu lalu diikuti foto Irma bersama anak sulungnya, Redza Syah Irfhan balik dari sekolah. Meskipun sibuk dengan kerjayanya, Irma bijak menguruskan masa untuk menghantar dan mengambil anaknya dari sekolah. Inilah kasih sayang seorang ibu kepada anaknya. 

5 Sebab Irma Hasmie Menjadi Suri Teladan yang Baik untuk Anaknya 
Sebagai ibu berkerjaya, pasti agak sukar untuk metmbahagikan masa antara tuntutan kerja dan komitmen kepada keluarga. Seperti wanita berkerjaya yang lain, bagi Irma keluarga adalah keutamaannya. Baginya pengurusan jadual kerja penting kerana dia tidak mahu kerja-kerja yang diamanahkan tidak mengikut apa yang ditetapkan.

Berkat Doa Seorang Ibu 
Kata Irma: Doakan Irfhan jadi anak soleh, insan yang bermanfaat pada insan lain... Terima kasih uncle @sucagwale bawa kopiah jauh dari Haramain. 
Momen Hari Pertama Ke Sekolah 
Kata Irma: Bismillahir Rahmanir Rahim… First day of school for Irfhan, Mummy dan Daddy Irfhan jadi anak soleh, be good ok sayang #redzasyahirfhan #littlecaliphs #4years
Alahai…Comelnya!
Kata Irma: Subhanallah…Naylie my jantung hati…Ok lah , good night everyone. Assalamualaikum. Dress, Socks and Shoes : From @mothercaremalaysia #irmanurnaylie#mothercaremalaysia #mothercare
Momen Menikmati Ais Krim Bersama-sama 
Kata Irma: Subhanallah…Homemade ice cream, 🍊 #redzasyahirfhan #irmanurnaylie
Alahai…Sweetnya Pasangan Adik-Beradik Ini! 
Kata Irma: Chef de Sevilla…haha! #irmanurnaylie #redzasyahirfhan
Sumber: Instagram: @irmahasmie, InTrend
sumber:siakapke.li

Desakan Qatar Supaya Mengantarabangsakan Kawasan Ibadah Haji Disifatkan Sebagai Agresif Dan Perisytiharan Perang Terhadap Arab Saudi..

MANAMA: Desakan Qatar supaya mengantarabangsakan kawasan ibadah haji disifatkan sebagai agresif dan perisytiharan perang terhadap Arab Saudi.
Demikian pandangan yang diputuskan pada mesyuarat menteri luar empat negara Arab yang memulaukan Qatar seperti yang diumumkan Menteri Luar Saudi, Adel Al-Juber.
Beliau bercakap kepada stesen televisyen Al Arabiya dan Al Hadath selepas mesyuarat berkenaan.

“Kami berhak untuk bertindak balas terhadap sesiapa yang bekerjasama untuk mengantarabangsakan kawasan suci (Makkah dan Madinah.)”
Bagaimanapun, di Doha, Menteri Luar Qatar, Sheikh Mohammmed bin Abdulrahman al-Thani berkata, tidak ada pegawai negaranya yang membuat gesaan seumpama itu.
“Kami bosan dan letih bertindak balas terhadap maklumat dan cerita palsu yang direka,” kata Shiekh Mohammed kepada stesen televisyen Al Jazeera.

Bagaimanapun Qatar ada menuduh Arab Saudi mempolitikkan haji dan melaporkan kepada jawatankuasa khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai kebebasan beragama kerana bimbang halangan yang dihadapi rakyat negara itu bagi menunaikan ibadah berkenaan tahun ini.
Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mesir dan Bahrain sebelum ini mengeluarkan senarai 13 tuntutan untuk dipatuhi Qatar untuk mengakhiri pemulauan ke atasnya.

Antara tuntutan itu ialah Qatar perlu menghentikan sokongan terhadap Ikhwanul Muslimin dan menutup stesen berita satelit yang berpejabat di Doha, Al Jazeera.
sumber:siakapke.li

Kes Pelajar Gaduh Di Sabah: Berebut Lelaki Punca Gaduh?

BEREBUT lelaki dipercayai merupakan punca pergaduhan sekumpulan pelajar membelasah seorang pelajar perempuan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kunak di Kota Kinabalu.

Video pergaduhan itu menjadi tular di laman sosial sejak kelmarin menunjukkan mangsa yang memakai tudung ditumbuk sebelum beberapa lagi pelajar perempuan campur tangan dan turut menumbuk serta menendang mangsa bertubi-tubi.

Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada perebutan seorang remaja lelaki di antara suspek dan mangsa.

Ini gara-gara tersebar perbualan Whatsapp dipercayai di antara guru-guru di sekolah berkenaan mengenai kes tersebut yang mana menunjukkan gambar remaja lelaki yang dipercayai menjadi rebutan di antara suspek dan mangsa.

Susulan itu, 10 pelajar perempuan dilaporkan telah ditahan bagi membantu siasatan.

Menerusi video yang tersebar, tidak semua 10 pelajar terlibat memukul dan membelasah pelajar tersebut, namun mereka turut dikira bersubahat kerana menjadi batu api dengan merakam video pergaduhan terbabit.

Dalam video itu dapat dilihat mangsa merayu supaya dilepaskan agar masalah mereka dapat diselesaikan secara baik namun tidak diendahkan malah mangsa terus dipukul.

Ada di antara suspek dilihat ketawa dan tak kurang juga ada yang sibuk merakam pergaduhan tersebut dengan menggunakan telefon bimbit.

Lebih menyakitkan hati, pembuli-pembuli tersebut dikatakan sempat bergambar wefie selepas berpuas hati membelasah mangsa.

Sementara itu, Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Kunak, Abu Samah A Bakar berkata pihaknya memandang serius kejadian berkenaan dan sudah mengarahkan pegawainya membuat siasatan serta mengambil tindakan selanjutnya.

Beliau juga meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu supaya tidak mengganggu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

Anak-Beranak Malang, Termakan ‘Sayur’ Ular

KALAU dulu kita pernah dengar tentang berita lintah di dalam sayur kangkung. Sekarang lain pulak yang terjadi di India.

Seorang wanita dan anak perempuannya telah dikejarkan ke hospital selepas mereka berdua telah termakan seekor anak ular yang terdapat di dalam sayur kubis yang mereka makan.

Doktor Dharmendra Jhanwar, iaitu doktor yang bertanggungjawab ke atas kes ini mengesahkan bahawa mereka berdua ini keracunan makanan kerana terkena bisa anak ular tersebut.

Media Indianexpress juga telah mendedahkan mengenai kejadian itu menerusi vidoe yang diambil.

Mangsa yang dikenali sebagai Afsana Imam,35,  memberitahu pihak media bahawa kejadian bermula ketika dia sedang memasak untuk makan malam mereka berdua.

Pada mulanya dia memang tak perasan tentang kehadiran anak ular yang malang itu bersembunyi di dalam sayur kubis dan dia terus memasak sayur tersebut.

Malangnya, akibat tindak balas racun ular yang dah bercampur dengan darah mereka, kedua-dua anak beranak itu mula tidak stabil setelah beberapa jam menikmati hidangan ‘eksotik’ tersebut.

Selepas pemeriksana lanjut dilakukan, kedua beranak itu masih lagi di bawah pantauan pihak hospital untuk beberapa hari lagi.

Sebab itu lah kita dinasihatkan untuk membasuh segala sayur-sayuran yang dibeli di pasar atau supermarket sebelum mula memasak. Serangga atau haiwan yang tak diundang kadang-kala memang selalu ‘tersalah jalan’ masuk ke dalam sayur-sayuran yang tumbuh di tanah.-MYNEWSHUB.CC /Ainaa Hafizah

Loading...

sumber:siakapke.li

Lelaki Pandu Pulang Ferrari Baru Dibeli, Kemalangan Hingga Terbakar Keseluruhan Kereta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Siapa sahaja yang tidak gembira apabila kita berjaya mendapatkan sesuatu yang kita idamkan. Namun, seorang lelaki bernasib malang sebaik sahaja berjaya membeli sebuah kereta mewah.

Menurut CNN, seorang pemandu dari United Kingdom ditimpa kemalangan di lebuh raya selepas Ferrari yang dipandunya terbabas menyebabkan kereta mewah tersebut hangus terbakar dijilat api. 

Sumber: Facebook

Lebih membuatkan lelaki itu terkilan adalah kerana dia baru sahaja mendapatkan kereta itu satu jam sebelum insiden malang tersebut berlaku.



“Itu kereta Ferrari. Saya baru saja mendapatkannya satu jam yang lalu.”

Satu perkongsian di Facebook menunjukkan keadaan kereta itu selepas kemalangan berlaku. Menurut perkongsian tersebut, kereta itu dikenalpasti jenis Ferrari 430 Scuderia yang bernilai 200,000 Pounds (RM1,130,611.69).

Sumber: Rapid Cars Sumber: Rapid Cars

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serius. Dia berjaya keluar dari kereta itu dan mengalami lebam serta kesan kecederaan ringan.

Meskipun kereta mewah keluaran Itali itu dikenali dengan kelajuannya, tetapi menurut Polis South Yorkshire, punca kemalangan tersebut berlaku bukanlah disebabkan kelajuan.

Sumber: autoblog

Punca kemalangan bagaimanapun tidak dinyatakan namun polis mengeluarkan kenyataan bahawa keadaan jalan ketika itu licin.



Alahai, malangnya nasib. Nasib pemandu takde apa-apa.

Baca: Tayar Kereta Baru Dibeli Meletup Menyebabkan Ibu dan Bayi 7 Bulan Maut Dalam Kemalangan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
sumber:siakapke.li

Nombor Khas Untuk Pengguna Rapid Buat Aduan

KUALA LUMPUR – Rapid mewujudkan nombor talian khas 0107664472 bagi pengguna LRT, MRT dan Monorel menyampaikan maklum balas dan imej berkaitan salah laku atau laku musnah yang mereka alami semasa menggunakan mode pengangkutan berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Datuk Zohari Sulaiman berkata pengguna boleh mengambil gambar dan berkongsi maklum balas dengan menghantar mesej WhatsApp kepada nombor tersebut.
Ia akan dikendalikan Pusat Hubungan Rapid KL.

“Maklum balas ini sama ada baik atau tidak baik akan dikongsi pula dengan pihak berkaitan untuk tindalan lanjut. Ini merupakan satu kempen baharu Rapid,” katanya dalam satu kenyataan.
Zohari berkata ia dilakukan susulan sungutan orang ramai mengenai vandalisme dan salah laku sesetengah pengguna ke atas aset MRT laluan Sungai Buloh-Kajang yang perkhidmatannya baru dilancarkan pada 17 Julai lalu.

“Sementara kami memiliki ratusan anggota keselamatan yang bertugas dan ribuan kamera litar tertutup (CCTV), namun kami masih memerlukan kerjasama orang awam,” katanya.

Sementara itu Ketua Jabatan Komunikasi dan Pemasaran Strategik Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad, Lim Jin Aun berkata kempen tersebut akan turut dipanjangkan untuk perkhidmatan bas Rapid KL sekiranya saluran maklum balas baharu itu mendapat sambutan orang ramai.

Beliau juga berkata maklum balas segera mengenai status perkhidmatan rel dan bas Rapid KL boleh diperoleh melalui Twitter @AskRapidKL atau mesej di Facebook MyRapid. – BERNAMA

Loading...

sumber:siakapke.li

Dedah tabiat pengguna MRT: "Ini bukan aduan tetapi satu maklum balas" - Prasarana

SEJAK perkhidmatan pengangkutan Mass Rapid Transit (MRT) dilancarkan, kita melihat pelbagai gelagat pengguna MRT yang kadang-kala sungguh kurang sopan.

Ada yang memanjat tiang pemegang di dalam tren, ada yang makan di dalam tren walaupun dilarang, dan ada yang suka memenuhi tempat kosong dengan beg barangan mereka.

Bagi memberi kesedaran kepada pengguna dan juga mengubah tabiat mereka, RapidKL bertindak memuat naik beberapa keping gambar tingkah laku kurang sopan pengguna dengan kapsyen yang menarik di laman Facebook mereka.

Pendekatan itu menerima pujian daripada netizen. 

Selain itu, RapidKL hari ini turut melancarkan satu nombor telefon khas (010 766 4472)  bagi pengguna tren untuk berkongsi pengalaman mereka menerusi gambar ketika menggunakan perkhidmatan LRT, MRT dan perkhidmatan monorel.

Imej dan maklum balas akan diuruskan oleh ahli pasukan komunikasi RapidKL.

Pasukan itu kemudian akan berkongsi imej dan maklum balas pengguna kepada ahli pasukan yang berkaitan untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Ketua Komunikasi Kooprat Prasarana, Lim Jin Aun idea untuk mendedahkan tindakan vandalisme segelintir pengguna di laman Facebook RapidKL datang dari pengendali akaun tersebut.

“Berikutan pendedahan beberapa media tentang tindakan vandalisme oleh pengguna pengangkutan awam yang baru itu, kami memikirkan cara untuk memberi kesedaran dengan cara yang lebih berkesan.

“Memandangkan pada ketika itu, kami terima banyak gambar daripada pelbagai pihak termasuk rakan-rakan saya, jadi, kami memilih laman sosial untuk menyampaikan mesej kesedaran,” kata Lim apabila dihubungi Astro AWANI.

Bagaimanapun, Prasarana enggan mendedahkan identiti pengendali media sosial itu.

Apabila ditanya mengenai inisiatif pelancaran nombor telefon khas, Lim berkata ia adalah satu pendekatan untuk memudahkan pengguna berkongsi pengalaman mereka.

“Kami berhasrat untuk meningkatkan perkhidmatan kami dan mendidik pengguna untuk menjaga aset awam yang berharga.

"Idea ini memang sudah difikirkan tapi kami rasa ini merupakan masa yang terbaik untuk melancarkannya.

“Kami tidak melancarkan nombor ini untuk menerima 'aduan', kami tidak merujuk ia sebagai ‘aduan’, tetapi sebagai maklum balas.

“Kami hargai apa jua maklum balas daripada pelanggan. Kalau kami terima maklum balas yang baik, kami akan meningkatkan lagi mutu perkhidmatan kami, jika kami terima maklum malas yang tidak baik, kami akan ambil tindakan yang sewajarnya,” tambah Lim.

Ketua Komunikasi Koporat itu juga mengingatkan orang ramai bahawa pihaknya mungkin tidak dapat membalas semua kiriman mesej yang diterima dengan segera namun mereka akan memantau setiap gambar atau video yang dihantar oleh pengguna.

Berikut antara pendedahan RapidKL yang menarik perhatian netizen. 


sumber:siakapke.li

Anak lembu kembar seiras lagenda rock KISS, Gene Simmons bikin internet kecoh

TEXAS: Seorang peladang dari Texas dikejutkan dengan kelahiran seekor anak lembu yang didakwa menyerupai wajah seorang penyanyi rock lagenda terkenal iaitu Gene Simmons dari kumpulan KISS.

Peladang tersebut, Heather Leonard Taccetta yang bekerja di sebuah restoran bernama Cowboy Steak House di Kerville, Texas, dikejutkan dengan raut wajah, lidah panjang anak lembu yang dilahirkan pada 28 Julai itu serupa dengan solekan yang dikenakan oleh penyanyi utama kumpulan KISS, Gene Simmons.

Taccetta yang terkejut dengan kejadian itu lantas menghantar gambar anak lembu itu ke Lembaga Pelancongan Tempatan , Pelancongan Hill Country lalu diperagakan gambar tersebut di laman perkongsian Facebook Pelancongan Hill Country.

Corak hitam putih wajah anak lembu itu sangat menyamai solekan Simmons serta jeliran lidah panjang berwarna merah jambu menyerupai aksi Simmons yang sering dillihat oleh peminat setia kumpulan KISS.

Anak lembu itu diberi gelaran “Wonder of Nature” yang bermaksud keajaiban alam semula jadi dan kini dijadikan maskot oleh restoran Steakhouse.

Penyanyi rock lagenda itu terkenal bukan sahaja kerana suaranya yang unik tetapi terkenal dengan jeliran lidah panjangnya dan symbol tangan berbentuk “tanduk syaitan”.

sumber:siakapke.li

(VIDEO) Wanita Hadapi Detik Ngeri Ketika Dalam Tandas Hampir Dirogol Lelaki Tidak Dikenali


Sebuah rakaman video yang menunjukkan seorang lelaki ditangkap oleh orang ramai di sebuah tandas dipercayai cuba untuk merogol seorang wanita jadi tular di media sosial.

Melalui video berkenaan, seorang wanita kelihatan dipapah keluar dari tandas dalam keadaan menangis dipercayai terkejut dengan insiden berkenaan. Kelihatan pengawal keselamatan sedang memberkas seorang lelaki yang dipercayai perogol yang dalam keadaan tanpa berpakaian.

Tiada sebarang kenyataan yang menyatakan di mana lokasi kejadian itu telah berlaku, namun kejadi sebegini seolah memberi petunjuk kepada semua wanita agar berhati-hati ketika berada di mana-mana sahaja termasuk dalam tandas.


Rata-rata netizen yang menyaksikan rakaman video ini turut berpendapat bahawa setiap wanita yang pergi ke tandas awam harus berhati-hati dan disarankan ditemani orang lain dan tidak pergi ke tandas awam seorang diri kerana dikhuatiri perkara yang sama akan berlaku. - www.koleksiviral.com
sumber:siakapke.li

Inilah Beza Pakej Haji Biasa Dan Haji MAHAL. 20 Gambar Ni Buat Ramai Umat Islam WOW

Loading...

Khalifah Mail Online – Kami yakin semua tertanya-tanya apa sebenarnya beza pakej haji biasa dan haji mahal. Kalau biasa harga dekat RM15k. Dan yang mahal pulak, ada rm30k, ada rm50k dan ada yang rm80k. Jangan tak caya pulak ye. So apa perbezaannya ? Jom ikuti tulisan Masnira Ramli via The Vocket ni. P/S : Biasa ke mahal, yang penting kita dapat Haji yang Mabrur. Kan?

Kita selalu melihat gambar-gambar atau liputan haji untuk jemaah-jemaah yang datang dengan pakej muasasah. Sejujurnya, terdapat banyak pakej yang disediakan pada musim haji. Terpulang kepada empunya diri mahu memilih pakej yang mana sesuai dengan kemampuan dan rezeki masing-masing.

Perjalanan ibadah haji ini kadangkala bukan atas dasar kemampuan semata-mata. Maksud kemampuan di sini adalah dari segi kemampuan fizikal, kesihatan dan juga kemampuan dari segi kewangan. Kadangkala, sudah kita aturkan semua dengan baik dan sempurna, tetapi ALLAH yang meletakkan bagaimana perjalanan haji kita nanti mengikut rezeki masing-masing.

Walaupun datang dengan pakej yang mahal, ada yang terpaksa menempuh ujian yang tidak terjangkau kesukarannya. Begitu juga yang datang dalam apa-apa cara sekalipun, ada yang datang tanpa pakej yang mahal mahupun tiada pakej langsung tetapi perjalanan hajinya mudah tanpa ujian yang berat.

MasyaAllah TabarakaAllah.. beruntung bukan?

Sebenarnya, hari ini saya nak ceritakan tentang dua orang hebat yang sedang mencipta nama dan tempat tersendiri di kota Makkah al Mukarramah. Terkenal dengan pasangan suami isteri yang saling membantu dan sentiasa bersama di dalam apa sahaja kesenangan mahupun kesukaran yang mereka lalui, pasangan Hj Zahiri Maulud dan Hjh Ruzainun yang saya fikir terlalu layak untuk dijadikan idola dan inspirasi ini berjaya menempatkan diri sebagai pakar perunding dalam beberapa cabang pengurusan perniagaan di Makkah.

Salah satu daripadanya adalah penglibatan mereka dalam Syarikat Nozoly Limited. Ianya merupakan penyediaan khemah serta perkhidmatan bertaraf premium/VIP di Arafah dan Mina sepanjang musim haji. Pakej haji premium yang bertempat di maktab 112 ini menyediakan kelengkapan dan servis untuk jemaah haji bukan sahaja dari Malaysia tetapi dari negara Asia Tenggara yang lain seperti Indonesia, Brunei, Singapura dan juga China.

Yang pastinya, pakej haji ini menyediakan penempatan yang sangat-sangat selesa untuk tetamu-tetamu ALLAH yang menggunakan khidmat mereka. MasyaAllah TabarakAllah.. Mari lihat gambar-gambar kawasan khemah tersebut yang pastinya mampu membuatkan hati riang melihatkan rezeki keselesaan yang dimiliki mereka.

Saya yang sudah 3 kali haji secara sendiri tanpa mengambil sebarang pakej ini pastinya akan terlalu menghargai dan bersyukur jika berpeluang untuk mengerjakan haji yang sangat-sangat selesa begini. Lebih-lebih lagi kalau kita sudah tidak berkemampuan dari segi fizikal, pakej haji sebegini lebih sesuai dan memudahkan dengan izinNya.

Jom kita tengok khemah di Arafah dulu, tempat untuk berwukuf.


Pastinya pakej sebegini menjanjikan tandas yang selesa. Dan paling penting tidak perlu berebut dan menunggu lama jika ingin menggunakan tandas. Amat menyenangkan hati dapat bonus tandas yang bersih. Memang bahagia hendak beribadat.









Gambar seterusnya pula adalah khemah-khemah di Mina.

Untuk pengetahuan semua, di Mina terdapat banyak khemah yang jauhnya ke Jamrat (tempat melontar) mengikut harga pakej yang kita ambil. Biasanya semakin mahal, semakin dekatlah perjalanan untuk melontar.

Jarak yang dilalui oleh tetamu-tetamu Allah yang mengambil pakej premium ini adalah hanya lebih kurang 100m dari eskalator untuk ke Jamrat (tempat melontar). MasyaAllah dah dekat sangat tu. Biasanya perjalanan saya hampir 10km pergi dan balik!








Sungguh bertuah kepada sesiapa yang berpeluang untuk mengerjakan haji melalui pakej-pakej sebegini. Namun seperti yang telah saya nyatakan tadi, lain orang lain pendapat dan rezekinya.

Ada yang sangat berkemampuan namun lebih suka membuat haji yang sukar dan lebih mencabar perjalanannya, namun ada juga yang berpendapat untuk mengutamakan keselesaan dalam beribadat.

Semuanya terletak kepada pendapat dan cara masing-masing. Saling menghormati dan bersyukur dengan rezeki.

InsyaAllah perjalanan haji walau dalam pakej mana sekalipun kita berada akan menjadi mudah dan yang paling penting objektif utama untuk mendapat haji yang mabrur tercapai. InsyaAllah.. Amin…

Akhir sekali, inilah wajah Tuan Haji Zahiri dan Puan Hajah Ruzainun. Mereka sudah mempunyai tempat sendiri di tanahair apabila sudah berjaya dengan beberapa perniagaan yang dijalankan.

Namun, atas kecintaan kepada tanah barakah mereka berhijrah dan berusaha keras untuk mencipta nama di bumi barakah Makkah al Mukarramah pula.

Saya doakan semoga mereka berjaya dalam apa juga yang diusahakan. Amin. Teruskan memberikan inspirasi kepada orang lain ya!

Semoga dipermudahkan perjalanan memberikan perkhidmatan terbaik untuk jemaah haji pada tahun ini. Amin. Berkhidmat dan juga boleh sama-sama beribadat!

Saya pasti ramai yang mengimpikan peluang sebegini.

Sumber : Masnira Ramli via The Vocket

Loading...
sumber:siakapke.li

CCTV Dedah Taktik Licik Dua Penyeluk Saku Di KLCC

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita yang ingin berbelanja di sebuah butik pakaian terbantut apabila menjadi mangsa ‘seluk’ dua wanita warga asing dalam kejadian di pusat beli belah Suria KLCC, baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1.48 petang itu, modus operandi yang digunakan oleh penjenayah adalah dengan berpura-pura membelek pakaian bagi mengkaburi mata mangsa sebelum melarikan barangan berharga.

Menerusi rakaman CCTV, suspek berbadan gempal itu dilihat berpura-pura membelek pakaian sebelum menghampiri mangsa bersama suaminya yang sedang leka memilih pakaian.

Suspek kemudian bergerak menghampiri belakang mangsa dan cuba membuka zip beg sandangnya tanpa disedari oleh suami dan wanita itu.

Manakala, seorang lagi suspek dilihat membelek pakaian lalu dan mengangkatnya keatas bagi mengkaburi mata orang ramai yang berada di butik berkenaan.

Menurut suami mangsa, kehilangan dompet isterinya disedari ketika ingin membuat pembayaran di premis berlainan tidak jauh daripada butik yang dikunjunginya sebelum itu.

Purse isteri dengan duit dan segala kad penting telah dicuri oleh dua wanita ini di Butik ZARA, Suria KLCC.

“Sangat licik perbuatan mereka, mungkin menggunakan ilmu pukau sebab saya dan isteri memang tidak menyedari langsung walaupun isteri dihimpit-himpit seperti di dalam video,” tulis Muhamad Hafiz Rejab di laman Facebook.

Difahamkan, laporan polis telah dilakukan dan kedua suspek yang dipercayai berusia lingkunangan 40-an itu dikatakan masih bergiat aktif melakukan kegiatan samunnya itu.

Justeru orang ramai dinasihatkan supaya lebih berhati-hati ketika membeli belah dan sebaiknya pastikan beg tangan berada di bahagian hadapan bagi mengelak kejadian yang sama berulang. -MYNEWSHUB.CC

Loading...

sumber:siakapke.li

SAYA RISAU! SAYA ADA SEORANG ANAK PEREMPUAN BERUMUR 14 TAHUN, HUBUNGAN DIA DENGAN SUAMI SAYA MACAM TIADA BATAS.. TIDUR DAN MANDI BERSAMA.. ADA SATU MALAM MEREKA TIDUR BERSAMA SAMBIL TANGAN SUAMI SAYA DI……

Saya risau! Saya ada seorang anak perempuan berumur 14 tahun, hubungan dia dengan suami saya macam tiada batas.. Tidur dan mandi bersama.. Ada satu malam mereka tidur bersama sambil tangan suami saya di……

Views:
2936

Asalammualaikum. Saya guna FB adik saya mohon hidekan profile. Saya tiada fb ( maaf kuno sikit) …

Saya seorg istri dan ibu . Ada 3 org anak , sorg 7 tahun (lelaki) , 11 tahun ( lelaki) Dan 14 tahun ( perempuan ). Alhamdulilah anak2 Tak banyak karenah.

Cuma saya nak minta pendapat dari ibu2 serta ayah2 dekat luar. Perlu ke saya bataskan pergaulan anak dengan suami saya?.

Begini ceritanya, anak saya perempuan sangat rapat dgn ayahnya. Dan boleh kira dalam 5 Kali seminggu ayah tidur dgn anak perempuan nya.

Saya pernah tegor suami , saya bagitau Tak elok SB anak perempuan tu da besar Dan bila saya cakap suami kata saya berfikiran kolot Dan negative padahal saya tidak langsung berfikiran seperti itu.

Anak perempuan saya dah akil baligh ( maaf kalau salah eja) , Dan badan dia agak seperti remaja berumur 21+ .

Suami saya jugak slalu Mandi dgn anak perempuan saya padahal dgn anak lelaki dia Tak pernah pelawa untuk Mandi bersama.,

Suami jugak agak suka bergurau kasar contohnya tampar punggung anak perempuan saya.

Setiap pagi saya bangun utk kejutkan suami dan anak solat subuh, Pagi itu saya rasa agak sedih. Saya melihat suami saya tidur berpelukan dgn anak saya sambil tangan dia di buah dada ( maaf klau agak lucah) .

Saya terdiam seketika. Pagi tu saya ada cakap ‘ abg lepasni takpayah tidur dgn anak perempuan, abg tu suami saya ayah kpd anak2 Kita, tolong jgn main2 dgn agama abg,

Kita org Islam Ada batas2 yg perlu Kita ikut’. Suami saya iakan je. Allahurabbi. Ape yg perlu saya buat.? Risau lama2 Perkara ini merebak Jadi benda lain. .

Sumber : K R T

sumber:siakapke.li

'Siapa Yang Cuba Hancurkan Mekah?'..

'Siapa cuba hancurkan Mekah?'
Abdul Malik Badruddin Al-Houthi (kiri); Putera Mohammad Bin Salman (kanan).
MUSIM Haji yang bakal tiba tidak lama lagi direncatkan dengan laporan bahawa pemberontak Houthi yang menguasai Yaman telah sekali lagi melancarkan serangan peluru berpandu ke Mekah.
Kenapa Houthi cuba hancurkan Mekah? Dari mana mereka memperoleh peluru berpandu? Siapa yang membantu mereka? Apa penyelesaian terbaik bagi mengakhiri perang saudara yang berlanjutan ini?
Serangan peluru berpandu kali ini adalah yang kedua dilancarkan oleh Houthi di mana sebelum ini pada Oktober 2016 serangan yang sama dari Scud jenis Burkan-1 ke Mekah pernah dilaporkan.

Jika tahun lalu Houthi menafikan dengan mengatakan bahawa mereka menyasarkan lapangan udara Raja Abdul Aziz di Jeddah, kali ini mereka mengakui sasaran serangan peluru berpandu mereka ialah Pangkalan tentera Udara Raja Fahad yang sangat hampir dengan Masjidil Haram.
Mujurlah, pada jarak 69 kilometer dari Mekah ia telah dipintas oleh Arab Saudi di kawasan Al-Wasliya di Taif.
Kenapa mereka menyerang Mekah?
Jawapannya kerana perang saudara di Yaman yang sedang berlangsung.
Situasi terkini di Yaman menyaksikan Perang Saudara antara Houthi di bawah pimpinan Abdul Malik Badruddin Al-Houthi yang disokong Iran dengan Presiden AbdRabu Mansour Hadi yang disokong Arab Saudi semakin meruncing.
Dari segi teknikalnya, Presiden AbdRabu Mansour Hadi yang disokong Saudi ialah pemerintah Yaman yang sah kerana beliau menang besar dalam pilihan raya 2012 selepas Ali Abdullah Saleh berundur sewaktu peristiwa Arab Spring.
Meskipun seorang yang Sunni, beliau memperoleh sokongan besar termasuklah daripada warga Syiah hinggakan peratus undian beliau mengatasi jumlah pengundi Sunni yang sedia ramai di Yaman.

Namun Houthi menarik balik sokongan kepada beliau dan merampas kuasa pada awal 2015 apabila AbdRabu cuba bertindak mengurangkan subsidi petrol dan mewujudkan desentralisasi kuasa yang dilihat bakal memiskinkan lagi wilayah Saada Houthi di utara kerana akan wujud kemungkinan isu agihan peruntukan kewangan yang tidak setara dari kerajaan pusat kelak.
Presiden AbduRabbu yang dipaksa meletak jawatan selepas ditahan Pemberontak Houthi telah bekerjasama dengan Arab Saudi untuk menuntut kembali kedudukan beliau sebagai Presiden Yaman yang sah.
Disebabkan Houthi mendapat sokongan kuat Tehran, maka AbdRabbu terpaksa mendapatkan sokongan Arab Saudi. Lalu Arab Saudi di bawah Menteri Pertahanan Putera Mohammad Bin Salman mengambil pendirian campur tangan ketenteraan (Operasi 'Decisive Storm') di Yaman sejak Mac 2015.
Sekutu Saudi seperti UAE turut menjadi mangsa serangan Houthi apabila kapal tenteranya dibedil di pelabuhan Mocha, Yaman. Lebih membebankan, Arab Saudi kini ketiadaan sokongan Qatar akibat pemulauan yang dilaksanakan Riyadh dan sekutunya.

Sebenarnya, perkembangan yang lebih bahaya berlaku sekitar pertengahan Julai 2017 apabila Houthi menyatakan bahawa mereka telah berjaya menembak peluru berpandu ke kemudahan minyak milik Saudi di pelabuhan Laut Merah di Yanbu.
Bahkan pihak Amerika Syarikat mengesahkan dakwaan ini. Hal ini membimbangkan kerana jarak antara Saada iaitu tempat di mana peluru berpandu tersebut dibedil Houthi di Yaman dengan Yanbu adalah sejauh 900 kilometer.
Hal ini bermakna sistem persenjataan Houthi kini mampu untuk menyerang mana-mana tempat dalam wilayah Arab Saudi – termasuklah dua kota suci umat Islam iaitu Mekah dan Madinah.
Dari mana pemberontak Houthi memperoleh lambakan peluru berpandu ini?
Jawapannya dari Iran yang menyalurkan peluru dan aset ini menerusi Pelabuhan Hodeiba di Barat Yaman.

Kenapa Iran membantu Houthi?
Iran menyokong Houthi kerana kepentingan strategiknya di Laut Merah dan Teluk Aden. Inilah sebabnya Iran telah menghantar pelbagai bantuan kewangan dan persenjataan besar-besaran kepada Houthi sejak 2004 lagi.
Banyak kali bantuan persenjataan Iran disekat atau dirampas oleh pihak berkuasa Yaman, bahkan sebelum dikuasai Houthi. Disebabkan inilah Arab Saudi dan AbdRabu Mansour Hadi cuba untuk mengetatkan akses pelabuhan ini yang dimanipulasi Iran-Houthi.
Langkah yang paling wajar bagi menamatkan perang ini adalah dengan rundingan yakni menguatkuasakan kembali Resolusi PBB 2216 yang menuntut puak pemberontak Houthi untuk mengembalikan senjata kepada kerajaan dan kembali ke rundingan bersama AbdRabbu Mansour Hadi.
Namun Houthi ternyata berkeras untuk menguasai Yaman melalui langkah bersenjata dan enggan menghadiri sebarang rundingan damai seperti pada April 2016.
Maka campur tangan ketenteraan Arab Saudi dan sekutunya – yang juga berisiko ke atas nyawa orang awam – boleh difahami sebagai satu-satunya pilihan bukan sahaja untuk menghentikan perang saudara di Yaman, tetapi juga mencegah serangan Houthi ke atas wilayah Arab Saudi itu sendiri.
Akibatnya, nyawa orang awam di Mekah, Yaman, dan Arab Saudi terus menjadi taruhan.
Oleh: Abdul Muein Abadi, Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
sumber:siakapke.li